Pages

Monday, May 23, 2016

Salju Okinawa

“Kan ku bawa cinta di Okinawa…”
"Kenapa mesti Okinawa? Kenapa tidak di Kyoto mahupun Hokkaido? Bukankah lebih indah di sana?" ujar rakan pejabat sambil membelek buku bahasa Jepun.
"Okinawa itu mempertemukan dunia Melayu dan Jepun. Sama seperti rindu ku pada si Meiko, gadis separa bahu yang ku jumpa tahun lepas. Ada pun beberapa kali dia mahu ke Malaysia, tapi bersebabkan kerja tidak pula berkesempatan ke sini."
Memandangkan rezeki di sana… dengan tiba-tiba syarikat memberikan surat pertukaran tempat jadi mudahlah aku nak jumpa dia.
“Inilah peluang yang dinantikan!”
Meiko dah beberapa kali hubungi ku melalui e-mail dan skype. Si cantik manis berwajah ayu itu sukar sekali ku lupakan. Tidak sama dengan gadis Malaysia yang ku jumpa. Tutur katanya, manis bicaranya, sopan santunnya buatkan jejaka ramai terpikat. Pernah juga aku bertanya semasa pertemuan di sana…
“Kenapa suka jejaka Melayu? Bukankah ramai jejaka Jepun yang kacak bergaya?” ujar ku
“Kerana Bahasa Melayulah saya jatuh cinta dengan Melayu. Walaupun saya orang Jepun, tapi minat kebudayaan Melayu. Sebab itulah saya nyatakan hajat saya untuk berkenalan dengan kamu, Zack.”
Itulah ayat yang aku dengar dari mulut Meiko. Dahulu, kalau nak bertutur dengan dia mesti dalam Bahasa Jepun. Nak menulis pun begitu, agak bernasib baiklah aku tahu hiragana dan sedikit huruf katakana bila menulis surat.
Sejak itulah aku kenal Meiko. 2 tahun ditempatkan di sana sebagai penterjemah Bahasa Melayu, buatkan aku kenal lebih mendalam kebudayaan Jepun. Serba sedikit pembelajaran dalam kelas, berkenalan juga dengan Meiko, seorang gadis riang berwajah manis….
*bersambung*