Pages

Monday, June 18, 2012

Bolasepak: Euro 2012


Euro 2012: Review Belanda

Dalam kehangatan Euro 2012 yang sedang berlangsung di Poland-Ukraine sebagai tuan rumah bersama, terdapat kejutan dalam perlawanan yang berlangsung. Kejutan Belanda yang tewas mengejut kepada Denmark (0-1), Jerman (1-2) dan terbaru Portugal (1-2). Kalau diikutkan Belanda bukanlah sebuah pasukan underdog. Sejak kemunculan Oranje dalam arena bolasepak antarabangsa, pelbagai kejayaan yang diraih ketika zaman skuad lagenda yang diketuai Johann Cryuff, Marco Van Basten, Ruud Guillit dan lain-lain pastinya memberikan satu perbezaan terhadap mana-mana skuad yang bertanding pada ketika itu di mana Oranje menggunakan sistem Total Football yang dikatakan mempunyai percaturan taktikal yang cukup berbeza. 

Kalah tiga perlawanan berturut-turut bakal menyaksikan Oranje ditunjukkan jalan keluar lebih awal dalam kejohanan ini. Memandangkan Jerman merupakan pasukan di tangga teratas bagi kumpulan B, diikuti Portugal sebagai Naib Johan kumpulan. Belanda selepas tiga perlawanan tanpa kemenangan jelas menjejaskan reputasi sebagai naib johan Piala Dunia 2010. Jika Belanda menang ke atas Portugal, secara automatik akan layak sebagai naib johan kumpulan. Hal ini dirujuk kepada peraturan EUFA; jika mana-mana pasukan yang memenangi perlawanan terakhir tetapi mempunyai jumlah kutipan mata yang sama, kemenangan perlawanan akhir dalam kumpulan akan dikira walaupun mempunyai beza jaringan yang besar. 

Kalau dilihat perlawanan sebelum ini pastinya ada masalah yang berlaku dalam skuad. Keharmonian dalam skuad dianggap sebagai kunci utama selain persefahaman antara pemain bagi memastikan taktikal mudah diterjemahkan dalam permainan. Perancis merupakan pasukan yang mempunyai masalah persefahaman dengan Raymond Domenech ketika Piala Dunia 2010 di Afrika memberikan gambaran buruk dalam misi mereka untuk meraih kejayaan dalam setiap perlawanan. Perancis akhirnya tersingkir dalam peringkat kumpulan. Selepas Laurent Blanc mengambil alih tugas sebagai jurulatih Perancis ketika ini telah memastikan tempoh dua tahun untuk membentuk sebuah skuad persediaan bagi Euro 2012 adalah mantap. Hasilnya mereka tidak kalah selama 23 perlawanan termasuklah kemenangan menentang Ukraine tempoh hari.

Malang sekali buat Oranje yang bergelar Naib Johan Piala Dunia 2010 dalam edisi Euro kali ini. Dalam perlawanan persahabatan yang lalu, mereka tewas 2-3 kepada Bayern Munich. Ketika ini, mereka dibarisi pemain kelas dunia seperti Robin Van Persie (Arsenal), Rafael Van der Vart (Totenham), Wesley Sneijder (Inter Milan), Arjen Robben (Bayern Munich), Mark van Bommel (AC Milan) serta lain-lain. Kekalahan tiga perlawanan berturut-turut sudah pastinya merencatkan kempen mereka untuk edisi kali ini. Skuad Oranje kali terakhir memenangi kejohanan Euro adalah pada tahun 1988.

Jika dilihat perlawanan menentang Jerman, pastinya ada sesuatu yang tidak kena dalam permainan. Selalunya permainan mereka agak tersusun dan agresif. Namun berbeza dengan semalam yang dipamerkan dalam padang. Walaupun dari segi penguasaan bola lebih kepada Belanda, namun ketumpulan serangan dalam mencari jaringan gol sedikit sebanyak menjejaskan rentak. Kekalahan kepada Portugal telah memberikan tamparan yang hebat sekaligus tersingkir lebih awal dalam kejohanan ini.

Disediakan oleh: Pangeran Akram