Pages

Thursday, June 26, 2014

Cinta sang maharani..


Aku masih terfikir... mencari siapa maharani yang bertakhta di hati.
Aku minat si A, K, N dan lain-lain. Adakalanya aku tersimpuh. Adakalanya resah menanti
Adakalanya malas berfikir. Tapi perlu di cari apa yang telah dijanjikan Tuhan.

Siapa gerangan teristimewa menjadi suri hati..

Bukan bermakna aku menyerah, cuma mengerti keadaan sebenar. Cuma mahu atau tak. Itu saja.

Cinta...

Memang tak bermata tapi bernafsu di jiwa. Tak boleh dilihat tapi boleh dirasa. Ungkapan bermain
sukar dijelaskan, imaginasi bermain dalam gelora tapi kosong tak bernyawa. Nyawa ini menjadi nadi
dan kesinambungan cinta, keturunan dan kekayaan rezeki.

Wanita...

Inilah golongan yang aku maksudkan. Penyeri hati yang menjarah sanubari, memberi sinar kehidupan mendatang. Kalau aku terjumpa peneman sejati, maka dialah maharaniku.. Kalaulah itu yang berlaku maka terjadilah. Takdir Tuhan mana kita tau. Mungkin esok lusa Dia bagi. Mungkin..

Sebaiknya bersabar dalam usaha, cinta yang hadir tetap menanti walaupun di penghujung usia.