Pages

Sunday, September 22, 2013

Pembuka kunci pintu hati..


Cinta...

Apakah erti sebenar yang aku cari? Kadang-kadang aku tak mengerti kekeliruan yang berlaku. Hendak di luah tapi tak terucap. Hendak ku tacap, tapi tak terpandang. Adakalanya aku perlu memahami hati... seumpama hati ini perlu dicari kunci pembuka untuk dibuka pintu hati.

Hati sentiasa tertutup, sukar menafsirkan rasa yang terbeban dalam hati. Hati ku ingin bercinta tapi tak merasakan cinta. Hati ku ini merasa sayang, tapi tak merasakan sayang. Hanya gundah menggelorakan jiwa, bermain madah dalam tulisan. Aku sering hanyut dalam mimpi ciptaan, mensensasikan asmara dalam bayangan yang aku rasakan mustahil untuk capai selagi tak diluah.

Aku keliru siapa yang aku cinta. Kadang-kadang aku tertarik pada kecantikan. Pada masa yang sama kecantikan itu hanya jadi perhatian pada waktu yang singkat. Aku kurang faham kenapa terjadi begitu. Aku tahu tak ada sesiapa yang faham kecuali aku sendiri yang mencari pembuka kunci untuk membuka pintu hati. Hati ini tak mudah dicuri sesiapa. Adakalanya aku sendiri menidakkan wanita mencintai aku.

Tapi...
Aku ingin seorang peneman
Yang memahami sudut hati
Wanita yang menceriakan hidup
Melagukan sunyi dari sepi

Aku sering meletakkan syarat dalam hati. Kalau aku luah untuk mencintai seorang wanita dan wanita itu tak memberi apa-apa kata, mudah saja aku hapuskan harapan untuknya. Tak perlu aku tunggu kerana aku tak suka memaksa wanita untuk menerima cinta dari hati ini.

Bersendiri adakalanya baik untuk perbaiki diri. Terlepas dari genggaman cinta untuk seketika waktu adalah saat terbaik untuk menilai silap dan salah dalam diri. Aku bukannya jenis yang memahami hati wanita. Mereka golongan lembut, adakalanya cepat tersentuh sekiranya kunci pembuka emosi disentuh oleh lelaki. Seperti juga aku yang kadang-kadang terlalu berhati-hati dalam berkata. Akhirnya aku termakan diri disebabkan aku tak mahu sakitkan hati wanita. Mereka begitu sensitif akan perasaan diri... 

Jika ada wanita yang berjaya membuka kunci pintu hati ini, maka aku pertimbangkan perasaan di samping menilai situasi apakah dia mempunyai niat yang sama untuk mencuri hati ini. Begitu juga mata ini, aku tak pernah memandang secara tepat ke arah anak mata wanita. Aku sentiasa mengelak supaya jangan ada wanita menangkap dan membaca pergerakkan mata kerana dari penglihatan, aku selitkan jawapan...

Aku sering sembunyikan hasrat supaya kembara cinta diteruskan sampai satu saat terjumpa yang aku rasa berkenan, aku cuba... Tapi tiada paksaan untuk terima cinta ini.

Ada lagi yang ingin aku beritahu di sini. Aku hanya mengerti kalau menyatakan "Saya Cintakan Awak" itu adalah persetujuan untuk menerima dasar percintaan berbanding menyatakan "Saya Suka Awak". Suka tak semestinya cinta. Itu yang memberikan kefahaman yang lebih keadaan yang berlaku sekarang kenapa aku masih belum ketemu cinta. 

Dalam temu ku bertemu
Hanya masa yang menentukan...