Pages

Thursday, November 24, 2011

Sem baru dan seterusnya...


Sem ni dah mula. Baru masuk minggu pertama, lect dah bagi assignment untuk diselesaikan dalam sem ni. Cepat betul beban yang datang. Tapi nak atau tak kena la terima. Lagipun aku dah last sem ni kena la selesaikan dengan segera memandangkan tak lama lagi ada banyak kerja kena buat.

Sem ni agak bole tahan la tough. Antara subjek sem ni: 
1. Financial Management
 2. Screen Production Management 
3. Arts Products Marketing
 4. Malay Cultural and Heritage
5. Music Society 

Untung2 sem ni 5 subjek je. Tapi bila banyak masa ni, perlukan konsentrasi yang cukup dan tak boleh main2 lagi. Hopefully sem ni nak kerja keras skit. Nak perbaiki balik result yang jatuh menjunam. Aku pun tak expect dapat result yang agak teruk tapi masih lulus lagi. Yang penting aku nak cuba yang terbaik untuk last sem ni dengan harapan boleh grad dengan jayanya untuk sem ni. Tak sabar nak menanti graduation day utk bulan 11 akan datang. 

Tuesday, November 15, 2011

Lagu baru lagi


Improvisasi dr versi pertama. Lirik dah ditukar, lirik lame susunan agak buruk. Haha. Penambahan dimasukkan dengan chorus. 

Pangeran Akram - Saat Ini


Friday, November 11, 2011

Aku dan gitar...


Dalam 3 hari, 5 jam sekali aku main arrangement musik yang sama. Bila pegang gitar ni, banyak idea datang mencurah-curah. Bersyukur walaupun aku tak ambil kos musik, tapi aku masih boleh belajar. Praktikal ada, tapi teori takde. Dalam beberapa tahun ni, skill aku improve sikit dalam bermain gitar. Tapi tak la sehebat kawan-kawan aku yang lain. 

Untuk post kali ni, aku nak kongsi ngan korang yang tengah buka blog aku ni. Kat bawah ni ada arrangement akustik instrumental yang baru aku buat. Sape-sape yang pernah tengok Tommy Emmanuel, Sung Ha Jung, Trace Bundy main gitar, mesti tau bentuk lagu macam mane. Aku memang minat giler dengan genre musik ni. Sebab tu aku cuba arrange satu lagu. Hasilnya korang boleh dengar nanti. Sorry guys kalau sound agak noise skit sebab rekod sekali jalan, pastu convert ke format mp3. Aku suggest kat korang dengar lagu ni sampai habis.    

Pangeran Akram - Between Two Side

video

Wednesday, November 2, 2011

4 hari yang lalu..


Lame kan aku tak update blog hitam ni. Sama macam tuan dia yang berhati hitam. Hitam itu bererti sunyi seperti tuannya juga. Aku ade story baru kat post kali ni. Cerita pasal performance kat UIA hari sabtu yang lepas.

Thanks kat kawan aku sebab ajak aku sekali untuk turut serta performance kali ni. Orang kata peluang yang datang jangan dilepaskan. Aku ni lak baru pertama kali masuk UIA tergayat semacam je. Biase la, macam "Rusa masuk ke kampung." Tapi apa yang penting persiapan yang tak seberapa ni kitorang buat ni harap-harap dapat berjalan dengan lancar. 

Kitorang datang sini sebab ada dinner night yang dianjurkan oleh sebuah kelab dekat sana. Aku tak pasti ape nama kelab tu (ingat-ingat lupa). Senang citer aku terlupa apa nak ditulis pasal performance hari tu. Haha, ape2 pun, aku selitkan sikit gambar mase sabtu lepas.



Tadaa! Kami bertiga di UIA. Dari kiri: Danial Faris , Nabil Imran , Pangeran Akram.

Wednesday, October 5, 2011

Komposisi yang pertama...


Jenuh aku duk mengadap laptop 3 hari semata-mata nak hasilkan lagu ni. "Cinta Separuh Mati" ni liriknye masih baru 2 bulan aku tulis. Tapi sebab nak cuba, aku buat komposisi untuk lagu ni. Ni pun baru peringkat permulaan. Permulaan macam ni la perlu aku tengok sejauh mana kemampuan nak hasilkan lagu. Hari ni 22 jam berterusan nak siapkan lagu ni. Ini baru je rough record, belum lagi full recording. Video kt bawah ni ada lagu yang aku composed. Apa-apa pun, aku dah try yang terbaik. Enjoy...


Guys, sori blog ni mmg gelap, mmg x nampak hehe. Kalau korang rase nk dgr lagu ni klik button play kat bawah. Kalau tak bape dengar tu, cuba amik speaker, headphone atau earphone kalau nak dengar lagi clear.

Cinta Separuh Mati
video

Sunday, October 2, 2011

Mari berkongsi...

IMPIAN, setiap orang mempunyai impian dan matlamat. Setiap orang punya cita-cita. Aku pun ada impian, nak jadi seorang Singer Songwriter. Hehe

Selama 5 tahun menulis lagu, banyak benda yang aku dapat melalui penulisan lirik lagu. Sekurang-kurangnya kalau tak berani nak ekspresikan rasa kepada seseorang, dalam lirik semua dah tertulis. Bila baca balik, baru aku faham sebab dan kenapa itu terjadi. Menulis dengan kefahaman dan kemampuan diri. Itu lebih baik. Kekuatan lirik bertunjangkan kepada pengalaman, idea serta pengisian penulis itu sendiri. 

"Siapa mahir menulis puisi, dia mahir menulis lirik"

Yang ni bukan aku cakap kosong je. Aku pernah baca buku teori penulisan lirik lagu. Aku nak kongsi ilmu sikit pasal nak menulis lirik lagu. Ingat betul-betul konsep ni:

"Puisi boleh dijadikan lagu, tetapi lagu tidak boleh dijadikan puisi" 

Puisi dan lagu hampir mempunyai bentuk yang sama, cuma ada perbezaan antara rima dan perkataan. Dalam puisi, perkataan dalam bait sangat puitis dan berbunga. Dalam lagu ia lebih bersifat 'direct', bermaksud tak ada bahasa atau perkataan kias. Lagi banyak menulis lagu, lagu mudah nak menulis lirik. Jangan memikirkan sesuatu yang sulit untuk dijadikan cerita dalam lagu. Fikir hal yang pernah berlaku dalam hidup yang dirasakan paling dekat dengan diri. 

Satu lagi, banyak-banyak la mengkaji lirik-lirik lagu penyanyi lain. Ini penting kalau nak tengok macam mane susunan ayat dalam bait lagu. Kalau nak lebih tahu lagi, kajilah perbezaan antara lirik lagu melayu dengan inggeris. Kalau perasan, lirik lagu melayu lebih puitis berbanding inggeris yang lebih 'direct' seperti bercakap. Lirik lagu melayu berpuitis sebab terikat dengan kesantunan bahasa tapi dah banyak berubah sejak kehadiran lagu-lagu indie yang berlambak dimainkan underground band; dicipta untuk memikat jiwa remaja. 

Kalau satu lagu tu boleh tarik minat 3 golongan ni; Muda (kanak-kanak dan remaja), Dewasa (30 tahun ke atas) dan Tua (40 tahun ke atas) adalah lebih baik. Mengkaji selera dan kehendak 3 golongan ni penting sebab perbezaan muzik yang diminati. 

Ok, setakat tu je lah yang aku nak kongsi. Tak bagus kalau kita kedekut ilmu. Yang penting perkongsian tu banyak manfaat daripada simpan untuk diri sendiri. 


"Tulis apa yang dirasakan mahu ditulis, asalkan diri itu puas mengekspresi"

Sunday, September 25, 2011

Hari-hari mau dengar...


Untuk kali ni saje je aku post lagu ni. Makin lama makin best lak lagu ni kalau dengar selalu. Nyanyian asal Tom Petty dinyanyikan semula John Mayer. Tak pe, layan dulu lagu ni :)

John Mayer - Free Fallin'



She’s a good girl, loves her mama
Loves Jesus and America too
Shes a good girl, crazy ’bout Elvis
Loves horses and her boyfriend too

It’s a long day living in reseda
There’s a freeway runnin’ through the yard
And I’m a bad boy ’cause I don’t even miss her
I’m a bad boy for breakin her heart

And I’m free, free fallin’
Yeah I’m free, free fallin’

All the vampires walkin’ through the valley
Move west down ventura boulevard
And all the bad boys are standing in the shadows
All the good girls are home with broken hearts

Yeah I’m free, free fallin’
Free fallin’, now I’m free fallin’, now I’m
Free fallin’, now I’m free fallin’, now I’m

I wanna glide down over mulholland
I wanna write her name in the sky
Gonna free fall out into nothin’
Gonna leave this world for a while

And I’m free, free fallin’
Yeah I’m free, free fallin’


Friday, September 23, 2011

Lalakan di CM


17 hb yang lepas, aku ada pergi ke CM sebab ada event kat sane. Jadi aku pergi ke sana menaiki Rapid kL. Dah sampai kat CM, puas la aku merayau sekitar sane kalau dah ade yang datang lagi awal dari aku. Tapi takde gak. Aku pun bergerak ke bangunan betul-betul tertulis Central Market. Tapi yang best aku terjumpa dengan seorang daripada ahli group al-Mawlid yang dulu daripada Innuendo. Aku nak je tegur tapi takut salah orang, jadi aku biarkan je. Dah memang rezeki kalau terjumpa dengan artis ni. Hehe. Tengah aku round2 kat situ, terjumpa lagi dengan dua orang ahli group ni. Seorang tu Zaf VE, lagi seorang tu Amer Ruffedge (kalau tak silap).


Sambil-sambil aku tengok artwork kat Annexe Galery, aku terjumpa dengan Dib Jual Kata. Dah jumpa dengan dia terus terjumpa dengan busker lain yang nak perform. Ada satu group dari Pahang ada join sekali tapi kejap je sebab diorang ade perform kat KLCC. Yang tinggal mase tu aku, Dib, ngan dua orang lagi (lupe nama). Lepas tu masing-masing gerak ke LRT.


 Kitorang pun melalak kat situ. Rasa lagi best bila menyanyi open environment. Rasa lagi puas, nak menjerit pun orang tak kisah. Hehe. Dah dekat sejam lebih kat situ, baru la aku balik rumah. Tapi yang tak best nye, aku rase tak sedap badan, pening kepala, pitam. Paling teruk aku nak muntah. Aku cube la tahan sampai kat Shah Alam. Tapi termuntah gak kat dalam bas. Aku cube mintak sape2 ade minyak angin kat dalam bas. Bila fikir balik, baru aku ingat ade terbeli air kelapa kat gerai. Lepas aku minum tu baru aku rase mcm tu. Apa la nasib, orang lain minum arak boleh pening dan muntah. Ni pulak minum air kelapa. Mabuk kelapa laut tul la, hahahaha.

Ape-ape pun, aku memang enjoy hari tu. Pasal insiden hari tu aku perlu berhati-hati. Lepas ni leh la perform lagi. 

Ni kat Annexe Galery







Ni mase berbusking










This is me, Pangeran Akram


Ape-ape pun, perjalanan aku dalam bidang seni masih lagi jauh. Walaupun aku buat ni secara suka-suka, tapi dengan cara ni aku boleh berekpresi dan berinteraksi dengan orang ramai. Tak perlu malu dan takut nak berbuat sesuatu.

"Manusia memerlukan seni, tetapi seni memerlukan manusia untuk penciptaan"


Sunday, September 4, 2011

Pejam dan celik...


"Cuti sudah habis bro"


Haish, sedar tak sedar cuti raya dah nak abis. Esok dah mula start kelas balik. Tapi ape-ape pun kelas dalam bulan ni je. Lepas september ni dah cuti sem balik. Sebelum bercerita panjang lagi (panjang ke?), aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada yang semua dan yang tengah membaca ni. Raya tahun ni agak kurang hangatnya. Mungkin aku dah besar kot; kalau mase budak-budak dulu mungkin meriah sebab dapat duit raye banyak. Hehe, masyuk $$$$.


Pejam celik je dah tau-tau aku dah ade kat Shah Alam. Semalam aku balik kat kampus, sunyi ~ nak dengar suara cengkerik pun tak terdengar (tercekik kot, hehe). Aku rasakan masa semakin cepat berlalu, mane tak nye tau-tau je aku dah sem 4. Tinggal 1 sem je nak habiskan study kat sini. Mungkin lepas aku habis kat sini, akan rindulah aku kat FACT. Hahaa, tengok lah macam mane kalau aku tak 'extend' lambat sikit kot nak abis, hehe. 


Sebelum cuti hari tu, punyalah berkobar-kobar nak siapkan assignment. Dah siap bawa balik ha semua assignement nak kena buat, tapi tak siap-siap pun. Asyik fikir raya je, kerja semua lupa nak buat. Macam-macam, memang pulun abis la nak siapkan. Kerja tak banyak mane pun, tapi gara-gara nak beraya punya pasal, memang tak terusik pun assignment. Memang dalam kepala otak fikirkan kerja, tapi fikir raye punya pasal, terasa enjoy. Semua masalah lupa. Aku ni kalau ada masalah pun, bukan fikir sangat. Bukan apa, tak nak kusutkan kepala. Aku tak suka kalau buat dengan hati yg tak tenang. Haha, memang style aku dari dulu lagi, tak pernah berubah.


Lame tak buka blog ni, banyak pula nak aku tulis pasal cuti raya hari tu. Hari tu aku balik JB, ada satu tempat  ni, terbaik. Aku ade pergi kat Pasar Borong Pandan/Uptown Pandan, tapi kalau makcik pakcik yang ada darah tinggi kat situ confirm Blood Pressure. Mane tak nye, sempit macam tin sardin. Lagi sesak dari kL. Jualan kat situ melambung naik. Yang best lak, kasut 2 pasang Rm 100. Kalau amik sepasang Rm 50. Aku ade nampak sepasang Vans biru. Pattern jangan citer la, memang cool. Aku nak rembat je 1 tap tak muat lak, ceh. Rugi la sape tak turun sane. Kasut yang jual kat sane, macam tak de beza je yang original punya. 


Lama aku tak balik JB ni, banyak pula pembangunan kat sane. Tak mustahil la kalau JB ni digelar "New York Malaysia". Memang pembangunan kat sane memang terbaik. Tak mustahil la kalau projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) menjadi mercu tanda orang Johor. Johor cepat membangun kalau dibandingkan tempat lain. Boleh la dikatakan pesaing terdekat KL, dan tak mustahil pun kalau JB lagi ke hadapan berbanding KL. Dah berape tahun tak balik ni, JB ni dah mula tarik perhatian aku sebagai bandar paling pesat membangun. 


Dan yang paling penting, raye ni aku jumpe skoolmate lame. Masing-masing tak berubah, masih sama macam dulu. Masing-masing pun dah dapat sambung kat tempat lain. Masing-masing advance ke U dapat sambung degree walaupun aku akan habis terlebih dahulu daripada diorang, hehe. Tapi tu bukan masalah, yang penting belajar untuk kehidupan yang akan datang. Tak ada beza antara Diploma dan Degree cuma pembelajaran yang dalam sedikit dengan bidang diorang amik. Tahniah lah sape-sape yang ke U.


Ok la, tak mau taip panjang-panjang. Tapi biase la, kalau dah lame tak buka blog ni, mesti la banyak benda nak cakap. Kalau murai kene cabut ekor, memang bising mulut murai, haha. Ape-ape pun, nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin :)

Thursday, August 25, 2011

5 hari yang dinanti...


"Satu hari di hari raya..."
Indahnya sungguh di hari raya..."
Di pagi hari raya..."
Menjelang hari raya..."
Bila tiba hari raya..."
Gema takbir di subuh hari..."
Di hari raya terkenang daku kepada si dia..."
Selamat berhari raya..."


Haish banyak sungguh lagu raya berkumandang. Puasa tak habis lagi, dah meriah fikir pasal raya. Belum cukup lagi kat radio, tambah pulak dengan housemate aku pasang lagu raya siap kasi guna speaker lak (kuat gile kau pasang). Bertambah syahdu pulak dalam Ramadhan kali ni. Haish, macam-macam. Masing-masing puasa penuh ke tak, aku tak tau. Tanggungan masing-masing, lagi lima hari lagi nak menyambut syawal ni, macam-macam cerita aku dengar. 


Ni perkara yang biasa ditanya time raye nak dekat:

"Tahun ni kau beraya kat ne?"
Raye tahun ni pakai baju warna ape?"
"Bape pasang baju kau wat tahun ni?"
"Rumah kau kat ne ea? Raye nanti leh la aku datang"

Yang tu hal-hal kita pulak. Memang raye, soalan yang same akan ditanye pada tiap-tiap orang. Tak terkecuali aku sekali.


Kalau hal mak bapak kita lak, slalunye time nak dekat raye, diorang akan buzy macam ni:

"Bape banyak kuih raye awak buat tahun ni?"
"Tahun ni nak tukar langsir, nak pakai warna ape ea?"
"Ni perabot kasi tukar baru"
"Rumah kasi bersih, kalau boleh kasi cat kuning, baru la ceria"
"Ni kain untuk baju raya, cantik tak?"
"Bile la awak nak masak ketupatnye oii?"
"Kalau boleh raye ni masak sedap-sedap"


Kalau time raye, mula la sesak-sesak. Budak-budak datang, minta duit raya.

"Huh, kalau budak-budak datang, pokai la aku"
"Ala 50 sen je, kedekut nye pak cik ni"
"Rumah punye besar, ciput je bagi kt kitorang"
"Jom target rumah tu, mesti dapat duit banyak"


Haha, macam-macam kerenah time raye. Yang penting budak-budak mesti target orang yang banyak duit, mengharap dapat duit raya banyak, hehe. Kalau dapat tuan rumah yang kedekut, nasib ler. Teringat time budak-budak dulu, suka pergi rumah ke rumah. Beraya rumah orang sebab nak duit je, hehe. 


Bile dah besar ni, kita mengharap orang bagi je. Dah tua bangka sapa nak bagi duit raya? Budak-budak datang duit kat kita ada la. Haha, tersangat la best. Ape-ape pun, tak mau taip panjang-panjang. 
Sempena Syawal yang akan menjelang tak lama lagi, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan Batin kepada semua kawan-kawan. Tidak kira di mana jua, di mana anda berada, Salam Aidilfitri diucapkan. 


Rejab pergi mendatang Syaaban
Syaaban kemari menanti Ramadhan
Ramadhan dihayati menanti Syawal
Syawal dirai dinikmati bersama

"Sesungguhnya Ramadhan itu paling dirindui, namun Syawal menanti menandakan kemenangan bagi umat yang berpuasa"








Friday, August 19, 2011

Catatan dari ramadhan 19



Aku tahu kenapa masa solat Jumaat tadi, tiba-tiba bacaan daripada seorang imam tadi menyentuh hati. Aku hampir menitiskan air mata. Bacaan pada rakaat kedua sebentar tadi benar-benar menyentuh. Bukan aku seorang saja yang merasakan, hampir semua jemaah yang hadir turut merasakan.


Surah al-Fatihah



Surah ar-Rahman. 


Selepas selesai menunaikan solat Jumaat, aku terus bergegas ke rumah. Setibanya di rumah, mata aku terus tercari-cari tafsir al-Quran yang berada di meja. Apabila aku mencari makna tersirat di sebalik surah al-Fatihah dan ar-Rahman, begitu indahnya maknanya kalau diertikan. Semoga mendapat panduan dan petunjuk dengan apa yang berlaku pada hari ini.

Monday, August 15, 2011

Ramadhan 15


Ramadhan 15, apa yg kaitannye dengan dengan post aku kali ni. Sebenarnye kita dah masuk 15 ramadhan hari ni. Bersyukur sehingga hari ini masih lagi diberikan kekuatan untuk melakukan apa-apa kerja dalam bulan ramadhan. Walaupun kudrat berhabisan nak melakukan tugasan, tapi itu semua cabaran dalam bulan Ramadhan

Lagu background pun dah tukar. Sempena ramadhan yang dh nak menjelang ke Syawal ni (puasa tak habis lagi), bersama-sama kita menadah kesyukuran kepada Allah swt kerana Dia kita masih hidup di dalam bulan yang mulia. 

Dalam bulan ramadhan lah kita dapat melakukan ibadah-ibadah sunat yang muakat. Walaupun ramadhan kali ini,  agak kurang sikit aku nak bertarawih, tapi tetap menjalan ibadah puasa seharian. Sape rase-rase nak buat tarawih tu, buatlah. Apa yang penting kita ikhlas nak beribadah. Aku pernah dengar satu tazkirah mase lepas tarawih pertama hari tu. Ada juga sahabat nabi yang buat solat tarawih dua rakaat je tp diterima Allah ibadahnya atas keikhlasan melakukan ibadah tersebut.

Tak mahu tulis panjang-panjang. Yang penting lakukan ibadah dengan hati yang terbuka dan ikhlas.

Salam Ramadhan

"Ramadhan Karim" (jawab tau ucapan ni)

Saturday, August 13, 2011

Puisi moreh


Huh, ok gak event semalam. Semalam sepatutnye aku menyanyikan lagu puisi, tapi terpaksa tukar last2 minit. Pak Agi request aku main lagu puisi, tapi ntah nape mood aku nak tibe2 tukar nak mendeklamasikan puisi je. Disebabkan kawan aku yg sorang lagi tu terpaksa balik atas sebab2 tertentu, so aku pun tukar plan. Tak jadi nak nyanyi.

Ramai yang pergi ke sana kebanyakkan Artistic Writing nye student. Aku sorang je yang dari Art Management yg join bace puisi ni. Tapi disebabkan nak pendedahan lebih, jadi aku pergi ke sana sekali atas ajakan Pak Agi. 

1st minute je gugup, tp dah berada lame skit baru nervous hilang. Dan paling penting, ade press dari Berita Harian datang semalam ambil kitorang nye puisi. Hope ade masuk kat ruangan Sastera nanti, hehe. Btw, bg sape yang involve teruskan berkarya dan sama2 berjuang dalam dunia seni. Ok, tak mau story banyak2. Tengok je la gambar kat bawah ni.


Ha, ni gambar semalam.

Monday, August 8, 2011

Shooting...


Selesai dah semalam untuk short film "Send Your Heart to Me". Aku yang join last minit ni rase puas walaupun jadi extra. 3 hari start dari Jumaat lepas dan Ahad merupakan last day (semalam), aku merasakan hidup dan tak pernah menjadi seceria sebelum ni. Maybe lebih ceria dari sebelumnya. Aku rase happy bile dapat gembirakan kawan2 mase shooting. Kasi gelak ketawa sama diorang ma. Haha, hati ini terasa puas. Susah aku nak percaya dalam bulan puasa ni, aku masih diberikan kekuatan untuk melakukan aktiviti macam ni. 

"Bersyukur kepadaMu Ya Allah selama mana kau jadikan hambaMu ni sebagai seorang yang mampu menceriakan sahabatnya"

Maybe sebelum2 ni memang aku monyok, tak yakin, buntu. Dengan kegembiraan semalam, memang hari2 yang menceriakan hidup aku. Walaupun aku join tak dibayar, apa yang penting aku belajar sesuatu yang tak pernah aku belajar sebelum ni. Memang aku pemalu, tapi aku beraksi depan kamera menjadikan aku yakin dan bermotivasi. Aku lebih "gile" dan slumber dalam berlakon! Haha

Memang aku tak tahu ape2 pasal kamera, tapi dalam produksi inilah aku dapat keluarkan dan berkongsi idea. Produksi ini aku merasakan memang aku merasakan diri aku dihargai dengan memberi idea kepada semua direktor. Tak kisah diorang nak terima atau tak. Yang penting cara diorang menerima idea tu buatkan aku jadi lebih kreatif untuk berfikir panjang.

Produksi ni lah buatkan aku jadi akrab dgn kawan2 yang aku tak kenal. Memang aku ni jenis yang jarang nak bertegur, tp selama 3 hari aku dapat kenal dengan lebih rapat siapa mereka. Inilah yang penting bagi aku. Paling penting bila nak berbuat sesuatu, jangan malu. 

Aku merasakan shoot guna DSLR lebih baik sbb mudah nak kendalikan berbanding guna kamera2 besar. Aku dah tgk shoot2 tu, semua aku rasakan berbeza dari segi perspektif sudut dan menampakkan inilah idea kreatif diorang sepanjang shooting 3 hari ni.

Maybe Allah nak tunjukkan aku sesuatu sepanjang aku "murung" dalam 3 bulan ni. Dan tak lupe gak, kawan2 lain yang terlibat. Thanks so much sebab aku banyak belajar dari produksi ini. Biarlah karya itu orang lain merasakan tak best. Tapi bila dah join shooting, baru aku rase penat + puas. 

Thank you Black Roses Production

"Kesabaran yang tertanam dalam naluri, menjadikan seseorang mencuba walaupun berisiko".

Wednesday, August 3, 2011

Itu kisah...


Cinta Separuh Mati

Verse
Hembus nafas ku 
Bergetar dalam degup jantungku
Bila tertenung kan raut wajahmu
Yang kian terpaut

Bridge
Cinta separuh mati
Kan coba ku hayati 
Dalam sukma ku menunggu
Biar waktu menentu
Kan ku cari abadi
Dan biar ku menanti
Tetap ku jadi penanti
Dalam temu ku bertemu

Chorus
Andai kau bayangan untukku
Dan biar terus hidup 
Dalam rindu dan angan ku
Aku kan terus menunggu
Dan harapan itu kan berdebu

Created: Pangeran Akram
2/8/2011

Tuesday, August 2, 2011

Alhamdullillah


Setiap hari berhembus nafas
Bangkit dari lamunan buatkan terjaga
Pancaindera terbuka melihat semesta
Dunia terpana luas terbuka
Inilah ruang terpancar menghantur jiwa
Sekalbu debu berkibar bersama
Ditiup angin-angin merdu
Lentur ditepuk tidak terputus
Saat berdetik dihitung 
21 minit jam temu
Jenguk bertandang melihat perlakuan
Kesyukuran sentiasa iringan bersama
Alhandullillah bersama diucap sentiasa

*Ucaplah Alhamdullillah walau seketika melihat dunia, saat roh keluar ketika kita sedang enak beristirahat, nyawa terhenti seketika bersin, lain-lain hal yang sama seangkatan. Ucaplah alhamdullillah kerana Izrail menjenguk manusia setiap 21 minit, hanya menunggu masa dari arahanNya untuk mencabut nyawa kita. Sempena Ramadhan al-Mubarak, perbanyakkanlah amalan supaya sentiasa diredhai dan diampunkan segala dosa-dosa terdahulu. 

Monday, July 11, 2011

SimplySiti di DATC

Minggu yang meletihkan utk simplysiti, walaupun aku nye duty bahagian logistik transport. Aku masih dibantu 3 kawan aku utk kerje ni. Diorang ape2 pun dah banyak bantu aku utk selesaikan urusan ni termasuklah drpd department lain. Nampak mcm senang je kan kerje ni tapi agak memeningkan kepala aku bile orang merungut;  

"Bang, saya tertinggal bas la", 
"Bang, mane bas nye?",
 "Eh, kau leh tolong apply lori tak?", 
"Bile nak sampainye bas ni?" 
"Pukul bape ea bas sampai?"

Haha, mcm2 kerenah budak2 ni. Tapi tak pe, ni sume urusan kerje. Tu belum lagi kerje kat company luar, lagi banyak kerenah. Tapi utk Konsert Simplysiti, ni merupakan konsert pertama aku join yg aku dpt tgk flow tentatif disusun; dari segi MCP, gimik, setting stage (lighting n audio), admin n artistik bekerjasama dalam satu team, dan mcm2 lagi. Event ni melibatkan kolobrasi dengan 4 fakulti; Muzik, TeKA, AD dan Masscom. Tapi kolobrasi Muzik ngan TeKA paling aku tunggu utk event2 besar mcm ni lagi2 melibatkan Dato' Siti. Sape yang tak kenal Siti walaupun aku tak minat dia, haha.

Mase Malam Gala lak, performance mmg  terbaik. Faizal Ismail yg jadi MC malam tu sememangnya bijak mengawal penonton. Start 8.45 malam, gimik Siti dipasang n ditayangkan di skrin besar (Ni nak curi perhatian audience yg dtg) padahal Siti dan bersiap pun cume die menyorok ntah mane tempatnye. Pukul 9 baru start Siti nyanyi dengan "Destinasi Cinta". Kemudian diteruskan dengan persembahan Sekolah Seni Johor. Adik2 kita ni bagus menari walaupun masih muda. Tapi nyanyian girl dr Fakulti Muzik (Erin n Fify) sgt nice. Tak padan kecil ngan diorang. Kecil2 cili boh! 

Kemudian Ana Raffali lak menyusul utk nyanyi 2 buah lagu, "Sehabis baik" n "Tolong Ingatkan Aku". Ok la performance die tp paling aku tunggu Aizat. Die ni favourite aku. Nyanyi 2 lagu gak Sungai Lui ngan ade satu lagu inggeris (aku lupe lak title lagu). Aizat nye performance best malam tu. Bile tibe je Amy Search, sume orang nak 'Peewwittt' je. Rocker ni mmg rock walaupun dh 50 tahun lebih umur die, tp legend beb. Sape tak kenal ngan Amy, tenggelam kot aura Siti malam tu. "Kerja gila" n "Isabella", audience layan abis sambil menyanyi. Respect gile2 rocker ni. Aura tak pernah tenggelam dari dulu lg.

Show dari Sekolah Seni Sarawak pun ok gak walaupun ade student tu gedebuk jatuh kt atas stage (pandai cover tak nak kasi nampak sakit). Credit kat korang SSJ n SSR sememangnye berani perform depan orang ramai. Ni baru la pelapis, bukan kueh lapis ye. Hehe, diorang ni sume blaja seni kt skool diorang.  So, kalau masuk mane2 ipt utk kos seni tak la susah bg diorang nnt. Give a clap kt diorang.

Ok la, malas la nak citer panjang. Aku dapat masuk tgk pun sebab ade "all access pass" tp aku berdiri je malam tu, tak duduk pun. Kejang kakiku berdiri 2 jam, haha. Kalau kat skool pun 1 jam je. Lepas ni kene masuk askar, blaja care nk berdiri lame. Haha. Ape2 pun, kolobrasi SimplySiti ngan UiTM ni julung2 kali pertama bekerjasama duduk bersama bagi memastikan kelancaran konsert berjalan dgn baik. Selepas Malam Gala KaryaOne, SimplySiti ni merupakan event ke 2 terbesar pernah dianjurkan. 


Haha, ape lak kaitan gambar ni ngan event ni? Time ni aku on duty kt DATC utk Konsert SimplySiti




Sunday, June 26, 2011

D.I.Y

Ok guys, sorry tutup background music blog ni. Nak bagi laluan utk post video. Kali ni punye post aku nak share ngan korang pasal lagu aku. Kadang-kadang kalau boring aku suke buat lagu baru. Setiap kali aku pegang gitar, confirm akan keluar idea baru nak buat lagu. 


Syukur dengan anugerah Tuhan kerana setiap kali menulis lagu baru aku tak perlu nak fikir sangat macam mane storyline nye sebab idea aku tu macam dah tersusun dengan baik, tak perlu nak fikir word ape yang sesuai untuk bina seni kata. Bagi aku, lirik yang simple lebih mudah orang nak faham. By the way, aku cube yang terbaik. Ada post yang lepas, aku ade letak 1 lagu aku kt blog ni. Lagu-lagu kat bawah ni sekadar rough record. 


1. Romantika November



2. Keliru



3. Ratapan Kecilku



Bagi aku, setiap perkara perlu mencuba untuk kita tahu hasilnya. Tak kisah pun ape orang nak cakap pasal lagu ni. Bagi aku nak hasilkan satu-satu idea tu bukan mudah. DIY group macam kebanyakkan indie band hari ni, diorang banyak bekerja keras walaupun bermula dari bawah. 


Ada banyak perkara yang aku kene belajar kalau nak melangkah ke tahap yang lebih baik. Selalunye aku letak kat fb je, saje je letak kat youtube bg orang tengok. Bagi rakan-rakan yang menyokong usaha aku selama ni, thanks a lot. Sokongan bagi aku penting sebagai penaik motivasi. Ok la, tak mau tulis banyak. Harap enjoy dengan lagu-lagu kat atas. :)

Monday, June 20, 2011

Assignment pemecah Iceberg -,-"


Taip, menaip, tertaip... haha letih jari aku nak menari atas papan kunci berabjad. Tapi assignment punye pasal, sanggup buat. Assignment kali ni kene buat teater tp lebih kepada proposal je. Kali ni punye assignment mau kasi pecah kepala. Dalam kepala aku, kosong tak de idea. Tapi nak buat camne lagi, kalau tak siap bertangguh pulak nanti. Tak boleh jadi, Apa-apa pun assgnment kali ni kene siapkan sebelum cuti ni. 

Aku ade terjumpe satu skrip teater komedi Shakespeare. Tajuknye "All ends that ends well". Meh aku citer sikit pasal skrip ni. Mengisahkan seorang perempuan yang bernama Helena yang minat gile kat seorang mamat bangsawan bernama Betram. Ada satu hari ketika Raja Perancis sedang tenat sakit bagai nak mati, datang la Helena ni bawa ubat. Helena ni sememangnya pakar dalam perubatan sebab dia mewarisi kepakaran bapa die (Gerand de Narbon). Bile raja makan ubat dapat sembuh kembali dan raja ni telah menyatakan kat Helena yang dia akan menunaikan segala permintaan die. Die boleh pilih mane-mane lelaki bujang yang berada dalam balai Istana. Helena meminta kat raja supaya kahwinkan die dengan Betram. Kebetulan Betram ada kat situ, maka terkejut pulak mamat ni. Jadi, raja ni memenuhi permintaan si Helena tapi Betram lak bantah lak keputusan tu. Apa lagi bertelagah la Raja Perancis ngan Betram. 

Sampai kat rumah lak, Betram bagi tau kat Helena yang dia tak boleh kahwin ngan die sebab tak setaraf. Jadi, Betram pulak merancang nak larikan diri ke Florence, Itali. Mase tu pulak, Helena ni ikut senyap-senyap , menyamar jadi orang lain. Kat sane lak, die terjumpa dengan seorang janda anak satu dan anak die namanye Diana. Pada masa tu pulak, Betram ni suke kat Diana. Tapi Helena ada rancangan nak perangkap Betram supaya dapatkan cincin kat tangan si Betram. Pada satu malam ni, time tu tengah gelap Betram ni tak tau yang Helena dan Diana berpakat nak kenekan si Betram. Jadi malam tu, Betram tak tau yang die tidur tu ingatkan si Diana. 

Pada satu hari, terdengar lak spekulasi yang Helena dan mati. Jadi, Betram ni pun lega sebab Helena dan tak de. Kemudian die lak terus pulang balik ke Perancis. Sampai-sampai kat sane, Raja Perancis ni tangkap si Betram sebab die kat jari die ada tersarung cincin Helena. Betram dituduh membunuh Helena. Die lak bingung apa yang berlaku sebenarnya. Time tu lak, datang lak Diana ngan mak die tuduh lagi yang si Betram bunuh Helena. Dalam kekalutan tu, barulah muncul Helena bersama-sama dengan cincin Betram di jari dan beritahu yang sebenarnye die yang rancang supaya Betram ni berkahwin dengan die. Nak tak nak, kenelah Betram terima si Helena. Habis. 

Kalau ditengok balik skrip ni, nak baca satu-satu dialog, memang tak paham. Almaklumlah shakespeare nye bahasa ni puitis. Aku kadang-kadang duk tgh baca skrip ni, berkerut nak faham, dah boleh rasa dahi aku berkedut. HAHAHA,  tp setelah dibaca sinopsisnye barulah leh faham skit. Tu pun housemate aku yang tolong. Kalau tak terkontang-kanting aku nak pahamnye. Kali ni nye assignment kasi aku byk fikir. Tapi bagus gak sebab aku tau macam mane nak manage satu teater tu. Lagipun aku memang dah lame planning nak wat teater. Tapi disebabkan kekurangan ilmu ngan pengalaman, trpaksalah belajar kat dalam kelas ni dulu utk fahamkan flow2 yang perlu diikuti walaupun dah join beberapa teater sebelum2 ni. 

Wednesday, June 15, 2011

Kusut? Kalut? ----> PositiveThinking


Entah... ape yang entah? Aku pun tak tau. Terlampau banyak perkara aku fikir, kusut 2 3 hari ni. Selalunye aku rileks2 je, tapi apa yang tak kene pun tak tau. Kadang aku merasakan nonsense bile buat sesuatu. Macam tak de arah tuju, tapi aku cube la buat bende lain macam main Angry Bird. Haha, dah jadi favourite aku game ni gara2 aku tengok housemate aku main. Macam syok je main tembak menatang kaki empat berwarna hijau. 


Kadang2, aku duduk depan lappy lame2, tercongok sambil main game. Aku tak pasti dengan apa yang aku buat. Patutnye aku buat assignment, mood kaw2 giler nak buat. Tapi makin lame makin down lak. Tak pe la, lagi 1 sem lagi. Tahan je, go on apa yang dah aku buat. Jangan terlampau fikir sangat bile nak buat sesuatu. Aku masih ade kawan2 yang membantu dari belakang. Pada sape yang banyak tolong aku, thanks so much coz aku banyak belajar perkara dari korang. Banyak bende yang aku tak tahu, jadi tahu. So, aku sangat hormat orang yang beri ilmu kat aku. Daripada bengong tak tahu apa2, terus terisi dalam kepala otak. Aku ni bukan pandai sangat. Kadang2 aku lembab, blur. Tu dulu, sekarang ok sikit. Kalau tengok kura-kura berjalan memang lembab, tapi die akan sampai destinasinye. Macam tu la aku.


Terlampau banyak benda yang aku fikir sampai terganggu fikiran. Start dari hari ni, aku nak ubah fikiran aku. Nak jadi orang yang positif. Aku sememangnye jenis yang happy, tapi kalau something bad yang datang jadi down. So, lepas ni ape2 perkara yang datang kat aku, perlu tenang. Buang sikap malu, takut, kurang yakin, buang segala-galanya yang jadi problem kat aku. Aku nak jadi orang yang optimis, pandang kehadapan dan tak nak mundur kebelakang.  


Yang tadi aku citer adalah before aku berubah. Dan sekarang aku berubah, apa2 sikap buruk tu aku dah buang. Hope bende ni berterusan dan membentuk diri aku untuk jadi seorang positive thinking. 


Apa2 pun, aku gembira dengan perubahan ni : D

Sunday, June 12, 2011

Oo... boringnye...


Ok, untuk kali ni aku nak share sikit pasal pic yang aku edit. Edit, edit dan edit. Yea, suke sangat edit gambar. Bile boring inilah aku buat. Tak kisah la ape orang nak cakap pasal edit yang aku buat. Janji puas dan seronok. Lagipun ni edit biase-biase je, tak pakar macam my brother. Kalau aku belajar grafik kt LUCT ni, rase lagi expert kot, haha. 


Pic macam ni ada lagi 4 dengan format berbeza.




Pic ni aku khaskan letak kat blog ni.




Haha, yang baru je selesai edit tadi. Ni kasi letak puitis sikit sebab aku berpuisi. Hehe, baca jangan tak baca sambil feel dengar background musik.



Sebenarnye, banyak lagi pic. Ni pun sebahagian je yang aku buat pakai photoshop. Baru la puas. Asyik-asyik guna lappy buat kerje, main game dah biase sangat kot. So, ni la bende yang boleh hilangkan kebosanan. Yang penting aku dapat ekspresikan hasil kerje ni. Haha :D

Friday, June 10, 2011

Falsafah dua firasat


Tika sepoi-sepoi berbahasa...

Ada kalanya ku bertanya...

Angin itu jadikan ku bernyawa...

Tak lemas, tak rimas....

Senantiasa tenang bermadah...

Tak pernah runtuh tiada gusar...

Yang jadikan ku hargai dek sentuhan...

Lembut ku rasa seperti sutera...



Berikan separuh nyawamu...

Cantumkan separuh nyawaku...


Berikan daku separuh nafasmu...

Kan ku hela separuh nafasku...


Berikan setitis darahmu...

Sebatikan bersama darahku...


Berikan daku hayati degupmu...

Kan kau erti getar jantungku...




Kenapa dengan aku kali ni? Tak pasti apa yang bermain dalam kepala aku. Semakin hari kerapuhan membuka hati. Biarlah kali ni hapus semua ego dalam diri. Kalau diikutkan aku terlalu memilih, bukan sekali tapi sudah banyak kali. Kadang-kadang orang meminta tapi aku buat-buat tak erti. Yang datang aku tolak pengharapan orang. Tapi aku cuba mengubahnya... Ya Tuhan, hidup ku dengan pengharapan dariMu agar temukan... temukan... dan temukan dengan seseorang yang ku ingin...



Tuesday, June 7, 2011

Aku... Dia...


Dari hulu temukan hiliran
Dari awalan bertemu akhiran
Dari dulu kalau dah berkenan
Jangan lambat kalau dirisikkan


Haha, berpantun sudah aku ni. Blog yg aku post hari tu berpuitis nadanya. Kali ni aku nak share sikit kat korang semua. Nak bagi tau yang aku ni mana ade girlfriend. Sape la nak kat aku ni. Haish, makin aku senyap lak, ramai lak nak korek secret ye. Haha dipersilakan dan jaminan aku tak de sape-sape pun yang tau. Biarlah menjadi rahsia persoalan hidup antara Aku... Dia. 


Aku ni bukan tak mau, tapi lebih bersikap cerewet dalam satu-satu perkara. Melakukan pemilihan dikalangan yang terbaik adalah penting kerana memberikan impak pada perhubungan pada masa akan datang. Haha, dah macam buat pilihan raya lak. Calon banyak, tapi nak pilih yang sesuai dan boleh memahami diri aku tu agak sukar nak jumpa ciri-ciri tersebut. Tak mau la tergopoh-gopoh sangat. Dalam satu-satu perkara aspek paling penting adalah penelitian dan kesabaran. Tak jumpa pun tak pe, yang penting semua dah tertulis kat Luh Mahfuz. Haha, tak perlu risau.


Bagi aku sebagai seorang manusia seperti lain-lain pun naluri masa remaja ni sangat kuat. Nak yang itu, nak yang ini. Semua kita nak, tapi perbatasan yang kita tak boleh nak langkau menyebabkan sukar nak capai sesuatu. 


Yang penting bagi aku perlu berfikir 10 atau 20 kali menentukan sesuatu keputusan yang diambil. Macam dalam hal ni gak. Aku sudah menjadi cerewet sebagai pemilih. Kadang-kadang aku lebih bersikap diamkan diri dari mengekspresikan sesuatu yang mendalam. Bercakap soal hati, kadang-kadang susah bagi aku kalau berdepan dengan perempuan sebab aku ada sikap pemalu sikit. Haha, problem-problem. Kalau duduk dalam kalangan ramai-ramai tak pe. Boleh cover malu tu sikit, hehe. Ni, nak pandang muka pun tak boleh sebab aku ni jenis yang cepat fall in love dengan girl yang aku jumpa. Sorry especially for girls yang kadang-kadang aku duduk berborak same-same tapi aku cakap tak pandang korang. Harap-harap faham ye. Tapi, apa-apa pun aku try nak solve problem ni :D


Haha, sape-sape yang tengah baca ni  suke hati korang la. Bagi aku jarang lelaki nak bagitau secret apa yang berkaitan diri dan kemudian dikongsi kerana ego jadi penghalang. Bagi aku cukup aku bagi tau di sini berkaitan dengan apa yang berlaku kat aku sekarang ni. Bagi yang cuba mengorek secret aku teruskan. Tak kisah pun, haha. Yang penting aku happy dengan apa yang aku buat skang ni. 

Keep ourlife with enjoyable moment





WARKAH DARIKU
Pangeran Akram

Saturday, June 4, 2011

Bila jari-jari ku menari...

Lama sudah jari jemariku tidak menari di atas pentas-pentas petak yang berwajahkan abjad A-Z. Bila kalimah tidak bertitah, maka yang jadinya adalah lisan yang digerakkan oleh tangan-tangan yang naik dan turun. Sudah lama jari ini tidak menari, merasai akan gerakan yang adakalanya tiada henti. Ingin ku berlaung kata tetapi terjerat; hanya ini bisa dijadikan gerakan lisan yang mencerna dan mewacanakan akal yang terbeku kian berpurnama lamanya.


Gerak tari susun mengikut tercerna minda dalam warkah ku tulis. Puitis bunyinya tetapi bisa dijadikan percikan nadi yang ku hidupkan dalam tulisan ini. Hati berwajahkan lembutnya seperti air yang mengalir. Minda pula berwajahkan batu-batu terhampar di tepi pantai. Kalau minda ini sepadan dengan hati yang seangkatan jalannya, nescaya ianya melalui jalan yang sama. Kalau duanya mengikut jalan berbeza; satunya di kiri dan satunya di kanan, mana bisa ku cantumkan menjadi sepadu dalam persetujuan. Tidak satu pun yang menjadikan ia sama.


 Namun hatiku gembira kerna bisa menjadikan ini sebuah warkah, dibaca dan diertikan sirat yang bertalikan daripada tunjang akar. "Rambut sama hitam, hati lain-lain", manusia berbidal kerana teguhkan satu panduan. Aku seperti narrator yang berkarektorkan wajah bertalam. Hanya yang benar saja bisa merungkai surat dan sirat yang merantai pintu gerbang hati ku. 


Itu hal tika ku bertitah dalam hati dan ku salurkan ke jariku untuk disusun tarinya supaya bergerak dansanya. 


Kini pula aku merungkai soal hati. Adakalanya bisa saja ku berada di awang-awangan melihat dunia fantasiku dijadikan realiti. Aku selalu berfantasikan sesuatu yang indah yang mana halnya adalah kecintaan terhadap wanita. Aku mengerti bahawa diriku mudah terperangkap jerat asmara. Asmara itu membara tapi bisa terpadam sekiranya ku biarkan angin yang memadamnya. Tidak pasti akan diri yang adakalanya bara asmara semarak seperti api yang menjulang. Hal itu pasti terjadi bila ku temu wanita. Ku mudah tidak keruan, tapi bisa ku kawal.


Jerangkap asmara telah banyak ku terlepas, kerna belum ada yang bertakhta dalam hati. Tapi jika aku ketemu jodohnya, bisa saja ku terima. Hati ini masih terdetik untuk menanam bunga yang subur di taman dan akan ku sirami dengan air. Setiap titis yang turun menunjukkan ikhlasnya ku menjaga perhubungan. Hatiku adalah setia pada satu, itulah janji pada diri. Jika bunga keharuman itu dipetik, aku redha kerna masih banyak menantiku. Aku masih belum ketemu sinarnya tapi aku benar-benar menantikan ada kuntuman yang ku lihat adalah dirasakan istimewa di mataku... 

Thursday, May 26, 2011

Balik puncak...

Cuti sem ni dah nak abis. So, aku nak balik puncak sabtu 28/5/2011. Hehe, sape2 nak balik tu prepare barang siap2. Aku sem ni sikit je barang nak bawa. Dari sem ke sem, barang aku bawa makin lame makin sikit. Hehe, bijak tak aku? Dalam hal macam ni kene bijak merancang supaya semuanya tersusun.


Sem depan bakal memberikan cabaran baru bg aku. Aku kali ni ready dengan persiapan awal supaya semuanya berjalan lancar. Yang penting segala urusan dipermudahkan. Bijak merancang strategi lebih awal merupakan kunci utama dalam setiap perkara. 


Dgn result yg aku dapat semalam (25/5), aku yakin dgn ape yg aku lakukan sekarang. Hidup ni kalau tak de cabaran, macam mane manusia itu nak berfikir utk menyelesaikannya. Aku percaya dgn ape yg aku lakukan. Kita hanya merancang, yg menentukan hanyalah Allah. 


Sem depan gak akan ketemu dgn muka2 baru yg mewarnai kehidupan kampus. Welcome TeKA and Account student. Congratz coz berjaya dapat masuk dalam kehidupan baru dan dpt banggakan parents korang. Dah masuk sini jgn lupe niat korang utk study. Tanpa niat, usaha sesuatu perkara takkan menjadi dan tak lupe juga doa parents; itulah yg sangat penting kerana keberkatan datang drpd mereka.  



Pengertianku...


1. Awesome ballad




Aku tak tau la hantu dah merasuk mind aku nk dengar balik lagu My Memory (Winter Sonata). Berhantu kot, ade soul dlm lagu ni. Dalam kepale otak ni asyik bermain2 je lagu. Lagu lain tak mau, hehe. Aku sebenarnye suke giler arrangement lagu ni. Memang soul ballad, tapi tak tau la kenapa nak nangis setiap kali dengar lagu ni walaupun lirik aku langsung tak paham. Haha, hati kristal tul aku ni. :D


Aku tak tau la kenapa cepat sgt tersentuh. Tgk filem ngan drama pun nangis. Haha, mungkin lagu ni kene kot ngan soul aku. Haha, apsal aku tetibe jiwang ni? Ntah la, sebenarnye aku tulis pasal ni sebab aku kalau nak wat lagu ballad refer lagu mcm2 ni. Haha, jiwa komposer tul la. Aku ni kalau sehari tak kering idea, mmg tak leh. Suke cari lubuk2 baru utk dijadikan asas sesuatu perkara. Hehe, setiap hari bg aku adalah permulaan seseorang utk melakukan sesuatu.


Aku sebenarnye masih tercari keutuhan sesuatu lagu. Bagaimana arrangement yang dihasilkan mampu buat orang yg dengar paham walaupun lirik bahasa lain. Penting di sini kalau aku nak jadi seorang komposer yang bagus. Banyak bende lain aku kene discover supaya sesuatu yg dihasilkan sentiasa di ingati orang dan tak mudah dilupakan. Yang tu paling penting bagi aku. Setiap orang mempunyai pendapat tersendiri. Aku dengan cara aku. Tak boleh slalu ikut cara orang lain. Bile nak maju? Yang penting aku percaya dengan diri sendiri, yang aku boleh wat. 






2. Aku manusia lemah


Tak kisah la nak usaha cara yg macam mana skalipun. Aku slalu berangan nak hasilkan sesuatu dgn tangan aku sendiri. Setiap kali aku nk buat/dptkn sesuatu perkara paling penting perlu aku setting adalah nawaitu (niat), kemudian barulah disusuli dengan usaha, doa dan tawakal. Aku tak peduli kalau ape yg aku hasilkan kene kritik. Bagi aku tak de dalam dunia ni perfect. Sape kate die paling hebat dan sempurna, dia adalah manusia paling bodoh. Terus terang aku cakap. Paling sempurna hanyalah Allah swt.  


Setiap orang ada cara dan prinsip tersendiri. Aku cukup pantang kalau seseorang tu tak hormat prinsip serta pendapat orang lain. Cara kerje seseorang tidak sama dengan orang lain. Kadang A lebih baik dan mampu capai sesuatu dengan baik. B pula sederhana walaupun usaha die kaw2 membanting tulang 4 kerat, tp hasil yg die dapat tak setimpal dengan apa yang dia buat. Manusia sememangnya suka membuat perbandingan di antara mereka. Semua manusia sama, tak de yang hebat bg aku. Hebat di mata pandangan manusia tp tidak pada Allah swt. 


Setiap orang sudah diberikan rezeki, jodoh dll sejak kita di Luh Mahfuz lg. Setiap apa yg telah ditetapkan kita perlu mengubahnya. Kalau kita tak nak mengubah diri sendiri, macam mane Allah nak tolong? Fikirkanlah. Memang kita sebagai manusia berusaha keras tapi yang membolehkan sesuatu itu menjadi siapa? Pencipta kita Allah swt. Sape menafikan kuasa Allah, aku tak tau la nak cakap macam mane. Hanya Dia yang mampu mengubah. Aku sebagai manusia biase yang tak mengerti kehidupan akan datang hanya mampu berdoa diberikan kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. Aku tak tahu esok lusa apa akan terjadi. Baik, buruk, kejayaan, kegagalan, hidup atau mati... Dia kalau nak katakan sesuautu "KUN FA YA KUN" maka jadilah. Bagi aku sebagai seorang manusia cukup bersyukur dengan apa yg diberikanNya dan tak mudah merungut bile menghadapi sesuatu... 


Tuesday, May 24, 2011

Rabun...


Aku dah rabun? Hehe, tu la akibat suke baca time tutup lampu. Kan dah rabun. Hari tu aku pergi jalan2 kat Bahau dengan family. Mase dah nak balik, aku cakap ngan ayah nak pergi masuk kejap kedai Focus Point. Saje je nak masuk situ coz nak cek mata. At last, my left eye memang ade silau. Tapi lepas dah cek, tgk2 jap spek. Aku jumpe satu spek Levi's. Bingkai memang smart coz ade kain jeans kt tepi, stylo abis.



Aku rase jadi orang yg bertuah kalau dapat beli Levi's tu. Lain dr yg lain. Pastu, aku pergi kt tempat lain kt True Vision. Tujuan aku still same, nak cek mate. Bile aku cek mata, still mmg masalah silau. Hari yg lain lak. aku kembali semula kt True Vision. Bile cek skali lagi, aku ade problem rabun jauh kt mata kiri (silau + rabun). Tp aku mmg tak leh nak tgk cahaya lame2 coz, nnt pandangan mata gelap. So, hari tu gak aku terus wat spek. Survey spek mane yg agak sesuai bg aku. Tp bile aku pakai lak, nampak cool woo. Ade style, haha. So, problem aku nk dah kire solve. I've new face. :D

   


I'm a nerd person :P

Saturday, May 21, 2011

Perform lagi...


Frinjan bakal menanti di Laman Budaya, Shah Alam. Utk edisi ke-21 ni, aku akan nyanyi kt sane. Best kot dpt perform depan org ramai. Aku involved ngan Frinjan start edisi ke 15. Time ni aku baru involved ngan event ni. 


Frinjan 15




Mase aku nk nyanyi tu, nervous kot. Ye lah, mane pernah pernah nk nyanyi sambil main gitar. Nak bagi org dgr lagu aku. Time ni aku bawa lagu Aku dan Kamu, Ratapan Kecilku dan Simfoni Semalam. Sume ni lagu yg aku wat. Tp selepas aku perform, respon orang yg dtg tgk aku nye performance positif. Sepatutnye malam tu aku 2nd turn, disebabkn Widuri belum datang aku dpt 1st turn. Tu aku nervous skit malam tu.



Frinjan 17




2 bulan lepas tu, skali lagi aku involved dalam Frinjan. Utk edisi ke-17, aku bawa 2 buah lagu; Romantika November ngan Menanti Palestin. Tp still nervous sbb aku dpt 1st turn lg. Haha, tp disebabkan performer lain x datang lg, so perform je lah. Thanks a lot coz ade kawan yg dtg menonton dan tak lupe je yg dtg dr PD nak tgk performance aku.  Haha  >D



So, aku akan try the best for next performance. Lagu ape yg akan bawa nnt? Tunggu je la k. 
FRINJAN 21, I'll coming.  

Thursday, May 19, 2011

My original own song; 'Aku dan Kamu'

video


Ni lagu 'Aku dan Kamu', sangat meaningful coz aku tulis lirik & compose sendiri musik ni. Sekarang ni aku dah dapat arrangement yg sesuai utk lagu ni. Berbekalkan 'electronic keyboard' yg ade kt lappy aku, so aku arrange skit; masukkan elemen yg sesuai utk lagu ni. 

Aku merasakan benar2 cinta... sayu... sedih... bercampur aduk perasaan. Lagu ni very important coz byk libatkn hal2 lepas (love). Bg 1st time dgr dan suke, thanks a lot. Aku nk jadikan ini 1st single aku (insyaAllah). Aku rase leh pergi jauh coz bukan stakat lagu ni je tp aku still ade 24 lagu lg dalam tgn aku. Really luv it :D

Aku dah perform skali lagu ni time Frinjan ari tu. Aku rase selepas perform ari tu, aku lebih confident nk nyanyi depan org ramai. Biarpun suare x sedap mane, hehe. Bg aku perform secara indie lg best coz lebih open dgn penerimaan org yg tgk. Aku mengajak sape2 yg ade wat lagu, try la perform. Mane la tau kalau2 nasib baik. Org mesti nk dengar kalau lagu tu best. 

Aku perform coz nk tau penerimaan org kt satu2 lagu. Kadang2 lagu best, tp suara x de la sesedap mane pun. Orang yg dgr lak suke ngan lagu tu. Confirm leh di bawa ketengah lagu tu. Bagi aku kalau suare sedap tp arrangement hampeh, tak leh gak. Org sekarang leh menilai mane yg best. Diorang leh pilih nk dgr sama ade vokal best, arrangement, atau kedua2 skali. 

Org yg arrange lagu x boleh anggap setiap lagu yg die wat sedap pada telinga die je. Kalau nak tau keupayaan satu2 lagu cube bg org dengar. Tgk resultnye mcm mane, adakah org suke, menyampah, boring, boleh tahan, dll. Aku tgk kt US sane, suara diorang biase2 je. tp still diterima org. Aku pembenci perfect dlm satu2 perkara. Tak semestinye kalau lagu best, nk kasi kene dgn suara yg sedap. 

Dan satu lg aku jenis tak suke nk wat band coz tgk je la. Sekarang ni byk band indie yg naik cepat, last2 diorang berpecah gak coz problem komited, hal peribadi, berbeza pendapat dll. Susah aku nk tgk semangat satu padu tu. Hajat diorang nakkan sesuatu tp tak dapat. Tu sebab kalau nak wat band pun kene ade mutual understanding.

Setiap perkara ada tujuan tersendiri dan berpendirian. Aku tak suke kalau ade sesetengah org merendah2kn pendirian org lain. Aku hidup jd anak seni dgn berpegang pendirian. Aku tak peduli dgn cakap org lain. Walaupun aku bukan skillful gitar player, tp aku masih byk idea utk tulis lagu dan create arrangement sendiri. Usaha sendiri lebih penting drpd mengharapkn org lain. Dulu aku pernah try hantar lg ni compose kt kawan aku. Tp dgn senang hatinye sesuke hati die je nk ubah arrangement asal aku. Langsung aku tak bagi lagu ni kat die. 

Aku memikirkan idea original dlm lagu ni supaya tak tenggelam. Dari arrangement, style nyanyian, vokal. Aku tak nak ubah semua tu. Yg paling aku tak suke die nk idea die je, tak nak langsung dgr idea aku. Ape kes? Aku nye lagu kot.


Yang penting aku dpt arrangement keseluruhan lagu ni. Tp aku rekod dlm hanset je. Dengar pun tak clear. Hopefully aku nk bg korang sume dgr new arrangement yg lebih fresh. Bg sape2 yg dah dengar 'Aku dan Kamu' kt fb, tak kisah yg aku tag name korang ke, korang tag name ke atau yg saje2 dgr, nak bg pula korang dengar buah tangan baru drpd aku. hehe. Harap korang tunggu k. Ape2 pun layan lagu 'Aku dan Kamu' di atas. >D





Sunday, May 8, 2011

Warkah dariku...

Nadimu ku salur dalam korban
Jaluran denyutan berbunyi seangkatan
Kalau percayaku berbuai dalam ingatan
Nescaya takdir akan menemukan penjodohan

Sape yang baca puisi 'Hati' mungkin ada yg tak faham. Aku betul-betul letakkan perasaan aku dalam keadaan tu. Sape yang boleh baca semua isi hati aku, dialah yang memahami makna tersirat hati aku. Di atas tu sebenarnya, aku hanya berserah kepada Allah kerana aku masih tercari-cari sape jodoh aku. Mungkin terlalu awal bagi aku tapi semuanya dipertemukan dalam waktu singkat. 

Aku sekarang benar-benar suka akan seseorang. Tapi aku masih tertanya pada diri, "Perlukah aku luahkan untuk waktu terdekat ni..." Aku mengerti akan diriku... aku lebih suka pendam daripada beritahu... Kalau aku masih percayakan diri yang aku ni mampu, tentu saja bisa-bisanya aku dapat. Bukan kerja ku menentukan siapa pasangan ku. Aku percaya dengan ketentuan dan takdir ilahi. Aku tak ada kuasa untuk menarik hati seseorang untuk dijadikan teman dan aku lebih suka hati 'pihak' itu berada dalam kerelaannya serta ikhlas akan keterbukaan hatinya. 

Ada orang berkata "ala, kau ni, kene la gentle skit. jangan lambat2". Maaf, aku bukan orang seperti itu. Aku tak bisa menjadikan itu sebagai pegangan. Hatiku berprinsip untuk menemukan hati yang rela dan sudi menerimaku seadanya. Hati ku memang jenis setia pada yg satu. Aku masih mengharap ditunjukkan jalan daripadaNya supaya 'pihak' itu mengerti tanpa perlu aku nyatakan niat yang tersimpan.