Pages

Sunday, February 13, 2011

sehari d' Frinjan 17

Oleh: Pangeran
12/2/2011

Frinjan untuk kali ini memang best. Ramai juga yang datang malam tu dan ini adalah kali kedua penglibatan aku dalam event ini. Menyanyi di hadapan penonton yang datang pada malam itu memberi aku cabaran baru berhadapan dengan khalayak ramai. Aku mengerti event seperti ini mampu membantu aku sebagai artis baru yang baru saja menjejak kaki dalam dunia seni dan juga mendedahkan kepada anak muda tentang pentingnya penglibatan event seperti ini.

Soundcheck dibuat pada jam 6.45 pm. Ini bagi memastikan tiada sebarang masalah teknikal yang berlaku semasa show nanti. Segala persediaan rapi telah dibuat cuma perlu menunggu pada malam harinya untuk masa persembahan. Tiba malamnya, sepatutnya aku punya turn adalah yang keempat tapi disebabkan artis pertama yang perform belum datang, maka aku dipanggil untuk memulakan sesi musik malam itu. Sebelum aku menyanyi, aku diinterview oleh MC malam itu. Selepas itu, barulah aku memulakan.

Sambil bermain gitar, aku menyanyikan dua buah lagu, 'Romantika November' dan 'Menanti Palestin'. Show sebelum ini aku hanya menyanyikan tiga rangkaian lagu ciptaan aku, 'Aku dan Kamu', Simfoni Semalam' dan 'Ratapan Kecilku'. Seperti biasa aku akan sedikit nervous ketika menyanyi, tapi aku cuba kawal dengan baik supaya show berjalan lancar. Pastinya aku akan cuba lakukan yang terbaik sepanjang show berlangsung. Walaupun nyanyian kurang jelas, sekurang-kurangnya aku sudah menghiburkan mereka yang datang pada malam itu. Terima kasih juga buat teman-teman aku yang datang dari jauh semata-mata menonton persembahan aku malam itu.

Aku mengharapkan ini merupakan platform permulaan aku sebagai seorang artis. Aku tahu bukan mudah nak terus naik satu tahap yang lebih mencabar. Jalan sudah pun dibuka, cuma perlu mencari idea untuk mengembangkan lagi tahap penglibatan dalam bidang muzik. Masih jauh lagi jalan yang perlu ditempuh dan pasti, masanya akan tiba juga buat aku.