Pancaindera melilau...
Waktu ini bermain banyak
Satu per satu ku mainkan
Apa terlintas terus bertindak
Memikirkan situasi yang tak berubah
Berubahkah aku?
Atau masa terus berputar
Tak menghirau aku walau sesaat
Mungkin benak yang terlintas
Hanya sementara
Sementara yang lain
Aku tak pasti...
Meniti hari ke hari
Pastinya aku berubah
Tubuh tak pernah bertukar
Tapi hati dan minda
Sering beralah...
Hati sering berantak
Jerih melepaskan diri
Jiwa yang terpenjara
Pasti meronta mau kebebasan
Kebebasan...
Kebebasan...
Kebebasan...
Monday, May 28, 2012
Sunday, May 6, 2012
Adab; etika menulis
Apabila kita menulis sesuatu, adalah penting di sini menjaga adab atau etika supaya tak menimbulkan sensitiviti kepada pihak lain. Kalau gaya orang-orang lama, lebih bertamsil untuk menunjukkan sindiran yang lembut dan tak menyakitkan hati. Namun evolusi budaya hari ini telah berubah mengikut zaman ke zaman.
Untuk entri kali ini, aku nak tunjuk dua printscreen dari sebuah blog. Aku malas nak blur nama blog ni. Biarlah kita sedar bentuk penulisan sesebuah artikel kadang kala bersifat sensitif. Tak salah sekiranya bentuk penulisan itu dijaga bagi memastikan tak wujud ketegangan orang yang membaca. Tapi kalau lihat entri kat bawah ni, isunya pasal BERSIH 3.0. Namun, apa yang aku kurang senang adalah cacian yang ditulis terhadap peniaga yang tutup kedai masa perhimpunan hari tu. Cuba lihat printscreen di bawah:

Sambungan dari entri blog kat atas
Korang boleh terus tengok melalui url kat bawah:
http://www.aminiskandar.net/2012/05/hanya-peniaga-bodoh-saja-yang-rugi.html?fb_comment_id=fbc_10150859393764868_22773279_10150859536344868#f1c5fa208
Bila ada blog ni, semua orang boleh menulis. Yalah, hak masing-masing nak bersuara. Tapi beringatlah, tak kisah apa yang ditulis yang penting di sini adalah adab dalam menulis. Jangan sesekali mewujudkan kemarahan pihak lain. Begitu juga blogger atau pembaca lain, menegur itu penting supaya kesilapan itu tak wujud pada masa akan datang.

Subscribe to:
Posts (Atom)