Pages

Monday, December 14, 2015

Engkau bila lagi?

Seronok tengok kawan-kawan lain...

Ada yang dah bertunang, ada yang dah berkahwin. 
Aku?

"Woi, engko punya turn bila lagi?" 

"Nanti-nanti la. Bagi la aku membujang lama sikit. Hahaa. Engkau tau, perkahwinan ni bukan sekadar suka sama suka, jatuh cinta, merisik, sarung cincin tanda bersetuju menerima kehadiran orang baru menggalas kehidupan bersama... Kesediaan kita menghadapi tanggungjawab dengan pasangan pilihan kita pada masa depan."  

Orang duk tanya aku, 

"Dah berpunya ke?" 
"Dah mencari belum?" 
"Muka dah hensem, tapi takda makwe. Tak teringin ke?" 
"Ah, tak percaya la engkau takda gf. Tipu." 

Bukan aku tak mau mencari, masalahnya kesediaan kita mengikat diri dengan komitmen perhubungan. Kalau selalu on off sangat, jarang communicate kot tak lama bertahan. Ni lagi-lagi duk area semak samun hutan belukar. Kawasan ceruk serupa duduk gunung takda line telefon, apatah lagi line internet. Tapi bernasib baiklah aku duduk kat area yang sedang membangun. Bahau je, ada apa pun? hahahaa

Ini pun punca kerengganan dan kemesraan kendur. Ni pun punca kena tuduh ada orang ketiga... 
Padahal masalah komunikasi dan teknologi macam haromm. Boleh je nak main berbalas surat, tapi nak membalas tu seminggu selepas dapat kiriman. Cara orang lama. Gittewww. hahahaa. 

"Pahal la dia ni, hantar whatssap, blue tick. Tapi tak balas. Dia tak caring kat aku ke? Dah tak suka aku ke?"

Bergayut atas bumbung rumah cari line telefon nak call, last-last hujan lebat. Lagi takda line. Masuk rumah, amik bantal tido. Hujan turun kesuburan bertambah, Keseronokan buat orang yang dah berumah tangga, pasal dia orang suka nak menjalankan proses percambahan ahli keluarga. 

Macam tu la kronologi ringkas dalam perhubungan. Kalau benda kecil pun tak mampu kawal emosi, macam mana kalau hidup bersama? Zaman sekarang ni buat majlis kahwin bagai nak rak. Setahun dua lepas tu, cerai. Dah la cerai, pastu berhutang dengan bank pasal buat personal loan. 

Memang matlamat perkahwinan zaman sekarang ni sekadar menjual emosi dan ketidakpuashatian ke? 

Biarpun sekarang aku ramai kenalan perempuan, senang citer ada "50 waiting list name" tapi nak memilih yang betul-betul sesuai tu bukan kerja mudah. Kena kenal akhlak, sikap. Kalau diri sendiri pun tak betul, jangan harap la dapat pasangan yang boleh membetulkan diri kita.

Bukan mencari kesempurnaan, tapi mencari yang betul-betul faham dengan diri kita. Itu yang sebenarnya.

Think once, twice, thrice before make decision... 

Teehee!