Euro 2012: Review Belanda
Dalam kehangatan Euro 2012 yang
sedang berlangsung di Poland-Ukraine sebagai tuan rumah bersama, terdapat
kejutan dalam perlawanan yang berlangsung. Kejutan Belanda yang tewas mengejut
kepada Denmark (0-1), Jerman (1-2) dan terbaru Portugal (1-2). Kalau diikutkan
Belanda bukanlah sebuah pasukan underdog. Sejak kemunculan Oranje dalam arena bolasepak antarabangsa, pelbagai kejayaan yang
diraih ketika zaman skuad lagenda yang diketuai Johann Cryuff, Marco Van
Basten, Ruud Guillit dan lain-lain pastinya memberikan satu perbezaan terhadap
mana-mana skuad yang bertanding pada ketika itu di mana Oranje menggunakan sistem Total
Football yang dikatakan mempunyai percaturan taktikal yang cukup berbeza.
Kalah tiga perlawanan berturut-turut
bakal menyaksikan Oranje ditunjukkan
jalan keluar lebih awal dalam kejohanan ini. Memandangkan Jerman merupakan pasukan
di tangga teratas bagi kumpulan B, diikuti Portugal sebagai Naib Johan kumpulan.
Belanda selepas tiga perlawanan tanpa kemenangan jelas menjejaskan reputasi
sebagai naib johan Piala Dunia 2010. Jika Belanda menang ke atas Portugal,
secara automatik akan layak sebagai naib johan kumpulan. Hal ini dirujuk kepada
peraturan EUFA; jika mana-mana pasukan yang memenangi perlawanan terakhir
tetapi mempunyai jumlah kutipan mata yang sama, kemenangan perlawanan akhir
dalam kumpulan akan dikira walaupun mempunyai beza jaringan yang besar.
Kalau dilihat perlawanan sebelum
ini pastinya ada masalah yang berlaku dalam skuad. Keharmonian dalam skuad
dianggap sebagai kunci utama selain persefahaman antara pemain bagi memastikan
taktikal mudah diterjemahkan dalam permainan. Perancis merupakan pasukan yang
mempunyai masalah persefahaman dengan Raymond Domenech ketika Piala Dunia 2010
di Afrika memberikan gambaran buruk dalam misi mereka untuk meraih kejayaan
dalam setiap perlawanan. Perancis akhirnya tersingkir dalam peringkat kumpulan.
Selepas Laurent Blanc mengambil alih tugas sebagai jurulatih Perancis ketika
ini telah memastikan tempoh dua tahun untuk membentuk sebuah skuad persediaan
bagi Euro 2012 adalah mantap. Hasilnya mereka tidak kalah selama 23 perlawanan termasuklah
kemenangan menentang Ukraine tempoh hari.
Malang sekali buat Oranje yang bergelar Naib Johan Piala
Dunia 2010 dalam edisi Euro kali ini. Dalam perlawanan persahabatan yang lalu,
mereka tewas 2-3 kepada Bayern Munich. Ketika ini, mereka dibarisi pemain kelas
dunia seperti Robin Van Persie (Arsenal), Rafael Van der Vart (Totenham),
Wesley Sneijder (Inter Milan), Arjen Robben (Bayern Munich), Mark van Bommel
(AC Milan) serta lain-lain. Kekalahan tiga perlawanan berturut-turut sudah
pastinya merencatkan kempen mereka untuk edisi kali ini. Skuad Oranje kali terakhir memenangi kejohanan
Euro adalah pada tahun 1988.
Jika dilihat perlawanan menentang
Jerman, pastinya ada sesuatu yang tidak kena dalam permainan. Selalunya
permainan mereka agak tersusun dan agresif. Namun berbeza dengan semalam yang
dipamerkan dalam padang. Walaupun dari segi penguasaan bola lebih kepada
Belanda, namun ketumpulan serangan dalam mencari jaringan gol sedikit sebanyak
menjejaskan rentak. Kekalahan kepada Portugal telah memberikan tamparan yang
hebat sekaligus tersingkir lebih awal dalam kejohanan ini.
Disediakan oleh: Pangeran Akram
No comments:
Post a Comment