"Lawan bagi api adalah air"
Sifat api dalam diri manusia adalah marah. Kita diberikan akal untuk bertindak, tetapi salah tindakan juga membawa padah seperti pertelingkahan dan permusuhan. Kesilapan kita bila tidak mengawal emosi boleh memburukkan keadaan. Carilah satu pendekatan yang boleh melepaskan rasa marah tanpa ditujukan kepada orang lain.
Namun, bila marah tidak dilepaskan, berkemungkinan tekanan dalam diri boleh berlaku disebabkan tenaga yang disimpan itu kalau dibiarkan begitu lama boleh menyebabkan seseorang itu angin.
Marah = Api
Pernahkah kita terjumpa dengan seseorang yang luaran bersikap tenang, sebaliknya bila tiba satu tahap kemarahan yang dipendam begitu lama boleh menyebabkan "letupan kecil" dalam dirinya. Perkara ini dikatakan sebagai amuk. Adakalanya perihal orang pendiam jauh lebih bahaya kerana setiap masalah dalam diri didiamkan. Sikap terpendam ini sebenarnya akan wujud permasalahan mentaliti dan perasaan.
Itu baru berdasarkan individu kerana melibatkan psikologi serta perasaan.
Dalam komuniti pula, bila orang mengapi-apikan ketegangan, kemarahan itu bertambah besar. Yang jadi pemangkin seperti minyak. Bila minyak dicurahkan ke api bertambah marak.
Oleh sebab itu, bila marah perlu ditenangkan. Ketenangan sifatnya sama seperti air. Bila air dijiruskan pada api, akan terpadam rasa panas yang membahang. Walaupun kita dapat sedikit redakan kemarahan dengan ketenangan, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan api yang marak.
Saya menulis tidak berdasarkan kajian psikologi. Namun, ini sebahagian dari pengalaman yang pernah dikongsi dari sesetengah rakan akan masalah yang membendung mereka. Bila kita rasa tertekan, perlunya kita lepaskan dengan cara yang lebih baik.
Justeru, mengawal emosi itu perlu kerana bila keadaan tidak terkawal, tidak akan rasa tenang. Sentiasa ada saja yang tidak kena walaupun perkara yang kita hadapi itu kecil saja perihalnya. Bertenanglah setiap masa dan kawal perasaan dengan melakukan sesuatu yang positif.
Justeru, mengawal emosi itu perlu kerana bila keadaan tidak terkawal, tidak akan rasa tenang. Sentiasa ada saja yang tidak kena walaupun perkara yang kita hadapi itu kecil saja perihalnya. Bertenanglah setiap masa dan kawal perasaan dengan melakukan sesuatu yang positif.
No comments:
Post a Comment