Pages

Thursday, November 28, 2013

R a w a k

Episod 1

Keadaan orang ramai yang berjalan di sekeliling, tampak seperti hari-hari biasa. Keadaan kota yang mencabar ditambah pula dengan kesibukkan semasa, tidak pula menampakkan ada hari yang mati tanpa kehidupan. Semuanya bergerak menuju apa yang mereka fikirkan. Keadaan di sini sesak… di tepi jalan, tepi kedai, tepi traffic-light, semuanya ligat mahu cepat ke destinasi yang di tuju. Ada yang jalan kaki, menunggang motosikal, memandu kereta, bas, teksi… Semua mahu pantas.

Dan aku pula sibuk dengan aktiviti biasa, busking. Saban tahun aku hiburkan orang di tepi jalan. Pasar Seni adalah arena aku mendayukan suara. Ada yang buat tak tahu, ada yang berhenti sambil memberi wang, dan ada juga pelancong yang mahu bergambar. Biasanya pelanconglah yang suka bagi banyak wang sampai aku dapat Rm50 walaupun persembahan tak seindah seperti kaca televisyen. Di situ juga punca rezeki. Adakalanya kutipan yang ada memadai untuk berbelanja. Bukan senang hidup di kota, yang ada sekarang pun banyak miskin bandar. Yang kaya terus lena, yang miskin terus sempit. Cuma aku saja yang tak berfikir apa kerana dah terbiasa hidup susah. Hanya bermain gitar dan menyanyi saja yang aku mahu kerana suka hiburkan orang.

Seperti biasa, pagi ini aku menuju ke Pasar Seni. Jarak rumah ke sana tak jauh. cukup dengan berjalan kaki. Di tempat yang aku duduk ini sebenarnya deretan rumah kedai. Aku berterima kasih pada tuan kedai kerana membenarkan tinggal di sini, di tingkat dua. Bayaran bulanan pun sekadar Rm70.  Setibanya di sana, aku terus menurunkan beg gitar yang disandang dari belakang. Beg itu aku letakkan di bawah, seterusnya memasang tali penyandang di gitar. Kemudian sandangkan di bahu. Lalu aku berdiri dan menyanyi…

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari hari ini
Anak anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal budaya
Canggung bangsa sendiri

“Harap kutipan hari ni banyak,” kata aku dalam hati.

Sambil aku strumming gitar, ada orang mula berkerumun di hadapan. Tamat saja nyanyian, ada yang tepuk tangan dan hulur Rm5, Rm10 ke dalam bekas yang aku sediakan. Kemudian aku teruskan menyanyi dengan lagu seterusnya. Setibanya tengahari, aku berhenti seketika untuk rehat di tepi . Aku cuba mengira kutipan tadi, lalu tersenyum.

“Ada Rm80 semuanya. Kalau teruskan lagi sampai ke malam, mungkin dapat lebih Rm100,” kata aku dalam hati.

Dari pagi sampai tengahari tadi, agak ramai juga orang. Termasuk juga dengan pelancong yang datang.  Kemudian aku terus ke gerai yang berdekatan untuk beli makanan. Sambil itu aku pandang sekeliling tempat. Tengahari ini biasanya orang ramai keluar untuk menikmati makan tengahari terutama orang yang kerja pejabat. Kesesakan yang begitu biasa dialami warga kota. Setelah aku dapatkan makanan, terus beredar selepas membayar sejumlah wang. Aku terus menjamah makanan tadi. Tanpa aku sedar, ada seorang telah menyapa di sebelah. Seorang wanita, cantik, rambutnya paras bahu, anak matanya cantik, agak redup kalau dipandang.

“Macam mana hari ini? Banyak tak dapat?” bertanya dia sambil senyum.
“Macam biasalah. Adalah sikit nak buat belanja makan.” jawab aku kepada dia.
“Kira lama jugaklah awak dah perform kat sini. Saya selalu tengok awak kat sini.” kata dia.

Sedang aku menghabiskan makanan, sambil itu juga berborak dengan dia.  Dalam tak sedar, aku melihat jam. Sudah pukul 2 petang. Masa untuk bergerak ke tempat lain.

“Lepas ni awak ke mana pulak?” tanya wanita itu.
“Saya nak gerak ke Bukit Bintang. Kat sana memang tempat saya busking selain kat sini. Lagipun saya memang bergerak sana sini untuk perform kat tempat lain.” jawab aku kepada dia.
“Nak follow awak boleh?” bertanya dia lagi.
“Nak follow? Dah kenapa pula dia ni? Lagipun aku tak kenal, kalau dia nak ikut takpalah.” Kata aku dalam hati.
“Kalau macam tu takpalah. Awak boleh ikut.” Jawab aku kepada dia.

Jelas terpancar kegembiraan di muka wanita itu. Dengan senyuman.. cantik. Yang begitu pelik, aku tak pernah kenal siapa dia, di mana dia tinggal dan kerja sebagai apa. Yang pasti aku belum kenal sesiapa melainkan tuan kedai semenjak aku tiba di sini 2 tahun yang lalu. Lalu kami beredar bersama-sama sambil menyambung perbualan tadi setelah terputus seketika.

Sesudah tiba di sana, kelihatan begitu ramai orang dengan keadaan yang sesak. Ada yang sedang duduk, ada yang berdiri menunggu traffic-light bertukar hijau, ada pasangan yang sedang berpacaran, selebihnya pelancong yang hadir di sini. Itulah kesibukan warga kota di sini. Sebenarnya dalam ramai-ramai orang di sini, ada yang sudah menunggu kehadiran aku yang cukup sinonim kerana sudah tahu aku bakal perform di sini. Melihat pada wanita tadi, dia hanya duduk di tepi sambil menonton aku dari dekat.

Gitar tadi aku keluarkan dari beg, lalu aku mainkan lagu-lagu yang biasa dimainkan. Selain memainkan lagu Melayu, lagu inggeris juga turut aku nyanyikan. Namun ada juga aku selitkan lagu ciptaan sendiri sewaktu menyanyi tadi. Ketika inilah banyak wang yang aku peroleh kerana di sini boleh dikatakan sebagai lubuk pencarian kerana ramai orang di sini terhibur dengan apa yang aku persembahkan. Adakalanya menjangkau Rm100 dalam satu hari. Itu belum lagi ketika hari minggu. Aku boleh dapat lebih jumlah dari apa yang diperoleh melebihi kebiasaan. Menghampiri senja, barulah aku berhenti perform kerana sudah hampir menjengah malam. Usai bermain, aku didekati wanita tadi.

“Seronok dapat tengok awak bermain tadi. Ada potensi untuk pergi jauh. Yang bagusnya, awak ada lagu sendiri. Skill awak pun bagus semacam pemain gitar akustik yang hebat” ujar wanita tadi.
“Haha, biasa je. Saya tak la sehebat pemuzik yang awak selalu tengok kat televisyen. Lepas ni awak nak ke mana?” tanya aku kepada dia.
“Saya nak balik rumah. Tapi sebelum tu jom ke kedai makan. Awak tak lapar ke?” tanya dia kepada aku.
“Lapar jugak. Kita ke gerai sebelah sana. Ada masakan panas kalau awak nak.” Kata aku kepada dia.
“Boleh juga.” Jawab dia dengan membalas dengan senyuman

Lalu kami ke gerai tersebut, lantas memesan beberapa menu sebagai makan malam. Kemudian aku berbual dengan wanita tadi. Bertanya beberapa soalan yang aku ingin tahu, tapi terlupa apa yang mahu ditanya. Disebabkan kelekaan tadi, aku tak teringat apa pun perkara tersebut. Betul kata orang, kalau kita sering terlalu ingatkan sesuatu perkara kita akan lupa.

Melihat pada dia, gayanya seperti anak orang berada, datang dari keluarga kaya berdasarkan cara berpakaian yang agak mahal. Tapi perwatakkannya pula berbeza dari apa yang aku fikirkan. Dia lebih humble dari apa yang aku sangkakan. Ditambah pula dengan rupa paras yang cantik, ramai lelaki mudah terpaut pada kelebihan yang dia ada. Bagi aku, wanita golongan yang sukar dijangka dan agak sensitif serta berbeza gaya pemikiran daripada lelaki. Mungkin… Dari tadi aku lihat dia asyik saja melihat aku, tapi aku biarkan saja pandangannya itu. Setibanya menu yang dipesan, kami terus menikmati makan malam yang terhidang. Dia sering saja bertanya tentang aktiviti seharian, tapi aku jawab saja. Usai saja makan malam, kami terus ke kaunter untuk bayar hidangan tadi. Yang hairan, dia yang membayarnya.

“Dia belanja aku ke? Aku baru nak bayar ni.” ujar aku dalam hatiku. Kemudian kami pun beredar dari gerai.

“Tak mengapakah awak pulang seorang diri?” tanya aku kepada dia.
“Tak apa. Saya boleh pulang sendiri. Apa-apa pun terima kasih kerana dapat temankan awak hari ini.” Kata dia.
“Teman aku? Eh, lain macam je ayat dia tu.” kata aku dalam hati.
“Sama-sama.” Balas ku kembali.

Sebelum berpisah, dia melambai tangan kepada aku. Aku membalas kembali lambaian itu. Lalu kami mengambil jalan yang berasingan untuk pulang. Dia pula menuju laluan sempit. Tapi aku tahu situ laluan shortcut ke perhentian bas. Tapi aku merasakan tak sedap hati sejak keluar dari gerai tadi. Aku cuba tenteramkan diri.

Sedang aku berjalan, tiba-tiba aku ternampak dua orang yang mencurigakan lalu di jalan sempit tadi. Kalau tak silap, itu jalan yang wanita tadi lalu di situ. Aku matikan niat untuk pulang, dan berpatah balik untuk tengok keadaan di situ. Dua orang tadi merapati wanita tadi, lalu menangkap dia. Seorang memegang dia, seorang lagi mengacukan pisau. Keadaan semakin tegang…


“Aku dah agak, dari tadi rasa tak sedap hati. Patut la rasa tak senang duduk tadi. Apa yang aku perlu buat?” ujar ku lagi.

Dua orang yang aku lihat itu agak bahaya. Tapi aku tiada pilihan untuk selamatkan dia dari ancaman. Lalu aku keluarkan gitar dari beg sebagai senjata untuk memukul lelaki tersebut. Lalu perlahan-lahan aku dekati mereka, kemudian dengan satu hayunan yang kuat, pukulan tadi mengenai kepala lelaki yang memegang pisau. Dia menjerit, kepalanya berdarah akibat pukulan tadi. Pisau yang dipegang tercampak jauh. Akibat meraung kesakitan, dia hilang imbangan lalu terbaring di tepi longkang. Pukulan itu menyebabkan badan gitar patah.

“Jangan dekat, kalau tak aku patahkan leher dia!” kata lelaki seorang lagi sambil mendakap leher wanita tadi.

Belum sempat lelaki tersebut berbuat demikian, aku berikan satu hentakan terus menggunakan kepala gitar lalu ku tuju ke arah dahinya. Dia terjatuh dan wanita tadi terlepas daripada dakapannya. Sudah lama aku tak praktikkan silat dalam pertarungan sebenar. Dia bangun kembali dengan amarah.

“Bedebah, jangan ingat kau boleh lepas!” kata dia sambil mengeluarkan pisau lipat.

Dia cuba menikam berkali-kali tapi aku berjaya mengelak. Lalu aku berikan pukulan siku tepat ke mukanya. Dia terjatuh dengan melihatkan hidungnya berdarah akibat tujahan yang kuat tadi. Terbaring di situ sambil tak sedarkan diri. Belum sempat aku membantu wanita tadi, tiba-tiba…

“Zupppp!!!” aku ditikam dari belakang tanpa disedari.

Aku terjatuh kerana rodokan pisau yang tajam. Badan jadi lemah, lelaki tadi memegang leher sambil menumbuk muka aku. Tumbukannya kuat menyebabkan aku hampir pitam. Aku tak berdaya nak melawan, tapi aku masih kelihatan wanita tadi ketakutan kerana melihat darah pekat keluar dengan banyak dari badan. Aku ditendang, dipukul dengan teruk. Badan terasa longlai, kepala pening… Tapi aku harapkan dia lari selamatkan diri.

“Celaka, kenapa aku tak melawan! Bangun!” ujar aku dalam hati.

Aku tak mampu berbuat apa, hanya berdoa agar wanita itu selamat. Terasa tulang rusuk kiri aku patah akibat ditendang lelaki itu. Aku tak mampu…

Selang beberapa ketika, beberapa anggota polis yang meronda kawasan di situ ternampak pergaduhan. lantas bergegas ke sini. 2 orang polis tadi mengacukan pistol mengarahkan supaya lelaki tadi meletakkan senjata. Kedegilan lelaki itu cuba pula mencederakan polis akhirnya kakinya ditembak menyebabkan dia terjatuh sambil mengerang kesakitan. Tindakan polis berjaya redakan keadaan, kemudian mereka diberkas di bawa ke balai polis.

Melihatkan keadaan wanita tadi, aku senyum walaupun kesakitan. Perlahan-lahan dia merapati aku…

“Saya tahu saya salah sebabkan awak cedera,” kata dia sambil menagis teresak-esak.
“Tak mengapa… yang penting awak selamat…” balas ku kembali.


Lalu ku pejam mata…

*bersambung...