Keadaan orang ramai yang berjalan di sekeliling,
tampak seperti hari-hari biasa. Keadaan kota yang mencabar ditambah pula dengan
kesibukkan semasa, tidak pula menampakkan ada hari yang mati tanpa kehidupan.
Semuanya bergerak menuju apa yang mereka fikirkan. Keadaan di sini sesak… di
tepi jalan, tepi kedai, tepi traffic-light, semuanya ligat mahu cepat ke destinasi
yang di tuju. Ada yang jalan kaki, menunggang motosikal, memandu kereta, bas,
teksi… Semua mahu pantas.
Dan aku pula sibuk dengan aktiviti biasa, busking. Saban tahun aku hiburkan orang
di tepi jalan. Pasar Seni adalah arena aku mendayukan suara. Ada yang buat tak
tahu, ada yang berhenti sambil memberi wang, dan ada juga pelancong yang mahu
bergambar. Biasanya pelanconglah yang suka bagi banyak wang sampai aku dapat
Rm50 walaupun persembahan tak seindah seperti kaca televisyen. Di situ juga
punca rezeki. Adakalanya kutipan yang ada memadai untuk berbelanja. Bukan
senang hidup di kota, yang ada sekarang pun banyak miskin bandar. Yang kaya terus
lena, yang miskin terus sempit. Cuma aku saja yang tak berfikir apa kerana dah
terbiasa hidup susah. Hanya bermain gitar dan menyanyi saja yang aku mahu
kerana suka hiburkan orang.
Seperti biasa, pagi ini aku menuju ke Pasar Seni.
Jarak rumah ke sana tak jauh. cukup dengan berjalan kaki. Di tempat yang aku
duduk ini sebenarnya deretan rumah kedai. Aku berterima kasih pada tuan kedai
kerana membenarkan tinggal di sini, di tingkat dua. Bayaran bulanan pun sekadar
Rm70. Setibanya di sana, aku terus menurunkan
beg gitar yang disandang dari belakang. Beg itu aku letakkan di bawah,
seterusnya memasang tali penyandang di gitar. Kemudian sandangkan di bahu. Lalu
aku berdiri dan menyanyi…
Anak-anak kitakah yang berlari
telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari hari ini
Anak anak kitakah yang memikul
beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal budaya
Canggung bangsa sendiri
“Harap kutipan hari ni banyak,” kata aku dalam hati.
Sambil aku strumming
gitar, ada orang mula berkerumun di hadapan. Tamat saja nyanyian, ada yang
tepuk tangan dan hulur Rm5, Rm10 ke dalam bekas yang aku sediakan. Kemudian aku
teruskan menyanyi dengan lagu seterusnya. Setibanya tengahari, aku berhenti
seketika untuk rehat di tepi . Aku cuba mengira kutipan tadi, lalu tersenyum.
“Ada Rm80 semuanya. Kalau teruskan lagi sampai ke malam, mungkin dapat
lebih Rm100,” kata aku dalam hati.
Dari pagi sampai tengahari tadi, agak ramai juga
orang. Termasuk juga dengan pelancong yang datang. Kemudian aku terus ke gerai yang berdekatan
untuk beli makanan. Sambil itu aku pandang sekeliling tempat. Tengahari ini
biasanya orang ramai keluar untuk menikmati makan tengahari terutama orang yang
kerja pejabat. Kesesakan yang begitu biasa dialami warga kota. Setelah aku
dapatkan makanan, terus beredar selepas membayar sejumlah wang. Aku terus
menjamah makanan tadi. Tanpa aku sedar, ada seorang telah menyapa di sebelah.
Seorang wanita, cantik, rambutnya paras bahu, anak matanya cantik, agak redup
kalau dipandang.
“Macam mana hari ini? Banyak tak dapat?” bertanya dia sambil senyum.
“Macam biasalah. Adalah sikit nak buat belanja makan.” jawab aku
kepada dia.
“Kira lama jugaklah awak dah perform
kat sini. Saya selalu tengok awak kat sini.” kata dia.
Sedang aku menghabiskan makanan, sambil itu juga berborak dengan dia. Dalam tak sedar,
aku melihat jam. Sudah pukul 2 petang. Masa untuk bergerak ke tempat lain.
“Lepas ni awak ke mana pulak?” tanya wanita itu.
“Saya nak gerak ke Bukit Bintang. Kat sana memang tempat saya busking selain kat sini. Lagipun saya memang
bergerak sana sini untuk perform kat
tempat lain.” jawab aku kepada dia.
“Nak follow awak boleh?”
bertanya dia lagi.
“Nak follow? Dah kenapa pula
dia ni? Lagipun aku tak kenal, kalau dia nak ikut takpalah.” Kata aku dalam
hati.
“Kalau macam tu takpalah. Awak boleh ikut.” Jawab aku kepada dia.
Jelas terpancar kegembiraan di muka wanita itu.
Dengan senyuman.. cantik. Yang begitu pelik, aku tak pernah kenal siapa dia, di
mana dia tinggal dan kerja sebagai apa. Yang pasti aku belum kenal sesiapa
melainkan tuan kedai semenjak aku tiba di sini 2 tahun yang lalu. Lalu kami
beredar bersama-sama sambil menyambung perbualan tadi setelah terputus
seketika.
Sesudah tiba di sana, kelihatan begitu ramai orang
dengan keadaan yang sesak. Ada yang sedang duduk, ada yang berdiri menunggu traffic-light bertukar hijau, ada
pasangan yang sedang berpacaran, selebihnya pelancong yang hadir di sini.
Itulah kesibukan warga kota di sini. Sebenarnya dalam ramai-ramai orang di sini,
ada yang sudah menunggu kehadiran aku yang cukup sinonim kerana sudah tahu aku
bakal perform di sini. Melihat pada
wanita tadi, dia hanya duduk di tepi sambil menonton aku dari dekat.
Gitar tadi aku keluarkan dari beg, lalu aku mainkan
lagu-lagu yang biasa dimainkan. Selain memainkan lagu Melayu, lagu inggeris
juga turut aku nyanyikan. Namun ada juga aku selitkan lagu ciptaan sendiri
sewaktu menyanyi tadi. Ketika inilah banyak wang yang aku peroleh kerana di
sini boleh dikatakan sebagai lubuk pencarian kerana ramai orang di sini
terhibur dengan apa yang aku persembahkan. Adakalanya menjangkau Rm100 dalam
satu hari. Itu belum lagi ketika hari minggu. Aku boleh dapat lebih jumlah dari
apa yang diperoleh melebihi kebiasaan. Menghampiri senja, barulah aku berhenti perform kerana sudah hampir menjengah
malam. Usai bermain, aku didekati wanita tadi.
“Seronok dapat tengok awak bermain tadi. Ada potensi untuk pergi jauh.
Yang bagusnya, awak ada lagu sendiri. Skill awak pun bagus semacam pemain gitar
akustik yang hebat” ujar wanita tadi.
“Haha, biasa je. Saya tak la sehebat pemuzik yang awak selalu tengok
kat televisyen. Lepas ni awak nak ke mana?” tanya aku kepada dia.
“Saya nak balik rumah. Tapi sebelum tu jom ke kedai makan. Awak tak
lapar ke?” tanya dia kepada aku.
“Lapar jugak. Kita ke gerai sebelah sana. Ada masakan panas kalau awak
nak.” Kata aku kepada dia.
“Boleh juga.” Jawab dia dengan membalas dengan senyuman
Lalu kami ke gerai tersebut, lantas memesan beberapa
menu sebagai makan malam. Kemudian aku berbual dengan wanita tadi. Bertanya
beberapa soalan yang aku ingin tahu, tapi terlupa apa yang mahu ditanya.
Disebabkan kelekaan tadi, aku tak teringat apa pun perkara tersebut. Betul kata
orang, kalau kita sering terlalu ingatkan sesuatu perkara kita akan lupa.
Melihat pada dia, gayanya seperti anak orang berada,
datang dari keluarga kaya berdasarkan cara berpakaian yang agak mahal. Tapi
perwatakkannya pula berbeza dari apa yang aku fikirkan. Dia lebih humble dari apa yang aku sangkakan.
Ditambah pula dengan rupa paras yang cantik, ramai lelaki mudah terpaut pada
kelebihan yang dia ada. Bagi aku, wanita golongan yang sukar dijangka dan agak
sensitif serta berbeza gaya pemikiran daripada lelaki. Mungkin… Dari tadi aku
lihat dia asyik saja melihat aku, tapi aku biarkan saja pandangannya itu.
Setibanya menu yang dipesan, kami terus menikmati makan malam yang terhidang.
Dia sering saja bertanya tentang aktiviti seharian, tapi aku jawab saja. Usai
saja makan malam, kami terus ke kaunter untuk bayar hidangan tadi. Yang hairan,
dia yang membayarnya.
“Dia belanja aku ke? Aku baru nak bayar ni.” ujar aku dalam hatiku.
Kemudian kami pun beredar dari gerai.
“Tak mengapakah awak pulang seorang diri?” tanya aku kepada dia.
“Tak apa. Saya boleh pulang sendiri. Apa-apa pun terima kasih kerana
dapat temankan awak hari ini.” Kata dia.
“Teman aku? Eh, lain macam je ayat dia tu.” kata aku dalam hati.
“Sama-sama.” Balas ku kembali.
Sebelum berpisah, dia melambai tangan kepada aku.
Aku membalas kembali lambaian itu. Lalu kami mengambil jalan yang berasingan untuk
pulang. Dia pula menuju laluan sempit. Tapi aku tahu situ laluan shortcut ke perhentian bas. Tapi aku
merasakan tak sedap hati sejak keluar dari gerai tadi. Aku cuba tenteramkan
diri.
Sedang aku berjalan, tiba-tiba aku ternampak dua
orang yang mencurigakan lalu di jalan sempit tadi. Kalau tak silap, itu jalan
yang wanita tadi lalu di situ. Aku matikan niat untuk pulang, dan berpatah
balik untuk tengok keadaan di situ. Dua orang tadi merapati wanita tadi, lalu
menangkap dia. Seorang memegang dia, seorang lagi mengacukan pisau. Keadaan semakin
tegang…
“Aku dah agak, dari tadi rasa tak sedap hati. Patut la rasa tak senang
duduk tadi. Apa yang aku perlu buat?” ujar ku lagi.
Dua orang yang aku lihat itu agak bahaya. Tapi aku
tiada pilihan untuk selamatkan dia dari ancaman. Lalu aku keluarkan gitar dari
beg sebagai senjata untuk memukul lelaki tersebut. Lalu perlahan-lahan aku
dekati mereka, kemudian dengan satu hayunan yang kuat, pukulan tadi mengenai
kepala lelaki yang memegang pisau. Dia menjerit, kepalanya berdarah akibat
pukulan tadi. Pisau yang dipegang tercampak jauh. Akibat meraung kesakitan, dia
hilang imbangan lalu terbaring di tepi longkang. Pukulan itu menyebabkan badan
gitar patah.
“Jangan dekat, kalau tak aku patahkan leher dia!” kata lelaki seorang
lagi sambil mendakap leher wanita tadi.
Belum sempat lelaki tersebut berbuat demikian, aku
berikan satu hentakan terus menggunakan kepala gitar lalu ku tuju ke arah
dahinya. Dia terjatuh dan wanita tadi terlepas daripada dakapannya. Sudah lama
aku tak praktikkan silat dalam pertarungan sebenar. Dia bangun kembali dengan
amarah.
“Bedebah, jangan ingat kau boleh lepas!” kata dia sambil mengeluarkan
pisau lipat.
Dia cuba menikam berkali-kali tapi aku berjaya
mengelak. Lalu aku berikan pukulan siku tepat ke mukanya. Dia terjatuh dengan
melihatkan hidungnya berdarah akibat tujahan yang kuat tadi. Terbaring di situ
sambil tak sedarkan diri. Belum sempat aku membantu wanita tadi, tiba-tiba…
“Zupppp!!!” aku ditikam dari belakang tanpa disedari.
Aku terjatuh kerana rodokan pisau yang tajam. Badan
jadi lemah, lelaki tadi memegang leher sambil menumbuk muka aku. Tumbukannya
kuat menyebabkan aku hampir pitam. Aku tak berdaya nak melawan, tapi aku masih
kelihatan wanita tadi ketakutan kerana melihat darah pekat keluar dengan banyak
dari badan. Aku ditendang, dipukul dengan teruk. Badan terasa longlai, kepala
pening… Tapi aku harapkan dia lari selamatkan diri.
“Celaka, kenapa aku tak melawan! Bangun!” ujar aku dalam hati.
Aku tak mampu berbuat apa, hanya berdoa agar wanita itu selamat.
Terasa tulang rusuk kiri aku patah akibat ditendang lelaki itu. Aku tak mampu…
Selang beberapa ketika, beberapa anggota polis yang meronda kawasan di
situ ternampak pergaduhan. lantas bergegas ke sini. 2 orang polis tadi
mengacukan pistol mengarahkan supaya lelaki tadi meletakkan senjata. Kedegilan
lelaki itu cuba pula mencederakan polis akhirnya kakinya ditembak menyebabkan
dia terjatuh sambil mengerang kesakitan. Tindakan polis berjaya redakan
keadaan, kemudian mereka diberkas di bawa ke balai polis.
Melihatkan keadaan wanita tadi, aku senyum walaupun kesakitan.
Perlahan-lahan dia merapati aku…
“Saya tahu saya salah sebabkan awak cedera,” kata dia sambil menagis
teresak-esak.
“Tak mengapa… yang penting awak selamat…” balas ku kembali.
Lalu ku pejam mata…
*bersambung...
No comments:
Post a Comment