Pages

Sunday, October 2, 2011

Mari berkongsi...

IMPIAN, setiap orang mempunyai impian dan matlamat. Setiap orang punya cita-cita. Aku pun ada impian, nak jadi seorang Singer Songwriter. Hehe

Selama 5 tahun menulis lagu, banyak benda yang aku dapat melalui penulisan lirik lagu. Sekurang-kurangnya kalau tak berani nak ekspresikan rasa kepada seseorang, dalam lirik semua dah tertulis. Bila baca balik, baru aku faham sebab dan kenapa itu terjadi. Menulis dengan kefahaman dan kemampuan diri. Itu lebih baik. Kekuatan lirik bertunjangkan kepada pengalaman, idea serta pengisian penulis itu sendiri. 

"Siapa mahir menulis puisi, dia mahir menulis lirik"

Yang ni bukan aku cakap kosong je. Aku pernah baca buku teori penulisan lirik lagu. Aku nak kongsi ilmu sikit pasal nak menulis lirik lagu. Ingat betul-betul konsep ni:

"Puisi boleh dijadikan lagu, tetapi lagu tidak boleh dijadikan puisi" 

Puisi dan lagu hampir mempunyai bentuk yang sama, cuma ada perbezaan antara rima dan perkataan. Dalam puisi, perkataan dalam bait sangat puitis dan berbunga. Dalam lagu ia lebih bersifat 'direct', bermaksud tak ada bahasa atau perkataan kias. Lagi banyak menulis lagu, lagu mudah nak menulis lirik. Jangan memikirkan sesuatu yang sulit untuk dijadikan cerita dalam lagu. Fikir hal yang pernah berlaku dalam hidup yang dirasakan paling dekat dengan diri. 

Satu lagi, banyak-banyak la mengkaji lirik-lirik lagu penyanyi lain. Ini penting kalau nak tengok macam mane susunan ayat dalam bait lagu. Kalau nak lebih tahu lagi, kajilah perbezaan antara lirik lagu melayu dengan inggeris. Kalau perasan, lirik lagu melayu lebih puitis berbanding inggeris yang lebih 'direct' seperti bercakap. Lirik lagu melayu berpuitis sebab terikat dengan kesantunan bahasa tapi dah banyak berubah sejak kehadiran lagu-lagu indie yang berlambak dimainkan underground band; dicipta untuk memikat jiwa remaja. 

Kalau satu lagu tu boleh tarik minat 3 golongan ni; Muda (kanak-kanak dan remaja), Dewasa (30 tahun ke atas) dan Tua (40 tahun ke atas) adalah lebih baik. Mengkaji selera dan kehendak 3 golongan ni penting sebab perbezaan muzik yang diminati. 

Ok, setakat tu je lah yang aku nak kongsi. Tak bagus kalau kita kedekut ilmu. Yang penting perkongsian tu banyak manfaat daripada simpan untuk diri sendiri. 


"Tulis apa yang dirasakan mahu ditulis, asalkan diri itu puas mengekspresi"

No comments:

Post a Comment