Pages

Thursday, August 30, 2012

Perbetul diri yang salah...

Perhubungan jarak jauh... Sesuatu yang paling kerap aku temui dalam hidup. Aku tak tahu kenapa selalu berlaku... Mungkin Allah tahu kenapa beri aku ujian sebegini. Mungkin Allah menguji kesabaran sebab aku seorang yang sabar, tak pemarah, tabah, pemendam. Ya... Memang aku perasan itu diri aku.

Selama jadi seorang penyabar, jarang sekali aku diuji. Tapi sejak akhir-akhir ni, aku banyak diuji dengan macam perkara. Tapi paling nampak sekali adalah dalam perhubungan. Dulu aku seorang yang pendiam, tak nak bercakap dengan orang lain, pemalu...

Tapi semuanya berubah 3 tahun lepas... "perhubungan jarak jauh". Untuk pertama kali aku lalui, memang seronok. Agak berlainan dengan perhubungan jarak dekat. Sebab bila kita dekat dan selalu berjumpa, kita nampak raut wajah, percakapan, dan gerak tubuh. 

Berbeza apa yang aku lalui sekarang ni... masih sama. Mungkin Allah dah tunjuk supaya aku boleh kenal diri sendiri. Memang aku banyak belajar dari proses ni. 

Sebenarnya perhubungan jarak jauh memberi impak besar sebab "diajar" supaya percaya dan tak mudah buruk sangka. Dalam keadaan berjauhan selalunya memang kita akan rasa kurang sabar. Walaupun kita terdengar perkara-perkara buruk pasal pasangan kita, tapi tak perlu mudah percaya cakap orang sehinggalah kita benar-benar nampak dengan mata kepala sendiri. Memang aku terdengar cakap-cakap sumbang pasal benda ni, tapi aku memang tak percaya lagi-lagi kalau diberitahu tanpa bukti yang kukuh.

Pengalaman yang lepas memang banyak mengajar aku supaya bersikap positif dan bila musykil perlu bertanya supaya tahu perkara sebenar.

Mungkin ini proses mematangkan diri dalam berfikir... Aku harap perhubungan kali ini dalam keadaan baik dan tak berlaku salah faham. Aku akan cuba perbaiki diri, sebab diri sendiri bukan sempurna. Adalah lebih baik memperbetulkan apa yang kurang dalam diri.

Friday, August 24, 2012

Pujangga dari Sang Pencinta


Seorang lelaki yang mencintai wanitanya
Berdoa akan sentiasa dia mengikutinya
Berubah untuk lelaki yang dicintainya
Berubah untuk dirinya
Dan kehidupannya

Seorang wanita yang mencintai lelakinya
Berdoa akan sentiasa dia mencintainya
Berubah untuk membahagiakan hatinya
Berubah untuk dirinya
Dan kehidupannya

Andai satu tidak ditepati
Kecewalah hatinya
Luluh jiwanya
Setitis air mata lelaki…
Gugur kerna wanita
Kecewanya mendalam
Bukan tidak kuat
Tapi kerna takut
Wanita dicintainya
Derhaka janji pada suami

Hati kerasnya
Tidak diubati
Jiwanya runtun
Tidak terperi
Seksanya bertahun
Tidak peduli…
Dalam sujudnya
Hatinya berkata
Hantarkan aku
Wanita yang membahagiakan
Hidupku…

Sekiranya hati dimiliki
Dia akan bahagiakan
Wanita yang dicintai
Dengan seikhlasnya
Itulah janjinya
Sampai mati…
Andainya kecewa
Hatinya mati…

Monday, August 13, 2012

Dia...

"Cinta dalam diam"

Satu pernyataan yang tak pernah cuba di cari tapi wujud. Memang sakit kan kalau bercinta tapi orang tu tak tau.

Thanks awak sebab terangkan sesuatu yang tak pernah saye dengar sebelum ni. Mungkin orang lain pernah dengar kot, saye je tak.

Sebenarnye jarang-jarang jumpa dengan perkara macam ni. Kenal kat laman sosial, terus rapat. Padahal selalu je berlaku. Tapi dia ni lain. Mesra dia ada aura. Haha.

"Pling". Macam magik la pulak. Haha

Thanks awak sebab tekan button ceria (bukan channel 611 tau. Haha). Mengembalikan keceriaan dalam hidup ni.

Awak suka mendengar cerita poket Doraemon
Pastu "Pintu suka hati". Yang ni favourite. Haha

Dalam sujud ku selalu berdoa
Berharap perhubungan ni kekal dan bertambah baik.


Thursday, August 9, 2012

Ini kata saya...

Kepada: Cik N

Saya boleh memahami awak...
Adakah awak boleh memahami saya?

Ini persoalan sebenar yang awak kena faham. Saya memang dah tentu nak pilih awak tapi ada perkara yang menghalang dari saya membuat keputusan tersebut. Tipulah kalau saya kata tak suka, tak sayang awak. Siapa kata saya tak terima awak? Awak dah boleh tengok kan tulisan saya bernada lembut. Diam saya itu ada maknanya.  

Dalam perhubungan, selain memahami di antara satu sama lain, hati ke hati, saya ikhlas nak berkenalan dengan awak. Saya tahu sikap awak menyenangkan hati, mudah berinteraksi. Keselesaan sangat dititik beratkan supaya kita mudah berhubungan.

Saya tahu dari apa yang saya baca dari status banyak terarah kepada saya. Bukan saya tak ambil tahu. Cuma lebih bersifat diam, nak tengok perkara yang seterusnya. Saya tahu awak ada menulis sesuatu yang "membenarkan" perjalanan perhubungan kita perlu diteruskan dengan lebih jauh lagi...

Tapi akhir-akhir ni, pernyataan awak ke arah kekecewaan... 

Biar saya jelaskan dahulu...
Awak perlu fahamkan yang ini dulu...
I'm "choosing" the person because of:
1. No smoking
2. No drinking
3. No shisha-ing

Tiga perkara di atas, ada dua yang berkaitan "smoking". Dan saya tak boleh terkena tempias  tu sebab memang sangat merimaskan. 

Saya tahu awak cenderung ke arah tu...

Mungkin awak rasa prinsip saya amat leceh untuk diituruti. Tapi awak kena fikir kondisi saya yang memang tak boleh berdepan situasi tu. Bayangkanlah saya terkena tempias tu, dan tiba-tiba mati disebabkan asap kimia tu. Agak-agak, awak boleh tengok saya lagi tak? 

Dan awak kena tahu yang saya adalah "non-smoker person". Apa-apa jenis asap rokok dan seangkatannya, memang saya tak boleh terima.

Awak selesa dengan keadaan tu, tapi saya yang lebih terseksa...

Awak kata sanggup terima kelemahan dan kekurangan saya. Dan inilah kekurangan saya...

"Prove your merit first. Show some effort to get what you want"

Apa yang saya tulis tu, awak kena faham. Kalau awak boleh tinggalkan berdasarkan ape yang saya nak, dah lame saya "approve".

Saya tetapkan sesuatu perkara bukan tujuan nak menyusah diri, tapi untuk kebaikkan awak dan saya. Saya tak minta pun dengan awak suruh buat perkara yang bukan-bukan. Tiga perkara tu la memang akan jadi prinsip asas perhubungan supaya tak boleh dibuat. 

Mungkin awak sedang berfikir, bahawa saya seorang lelaki yang kolot dan tegas dengan pendirian. Tapi kalau awak nak faham, inilah saya. Inilah yang saya nak, saya tak minta pun benda lain.

Saya nak mengenali awak bukan sekadar nak berkawan, tapi untuk matlamat hidup yang satu, perkahwinan. Itulah tujuan saya membina perhubungan. Setiap perkara ada matlamat dan ini matlamat saya.

Awak fikirlah masak-masak sebelum kita nak pergi ke "halaman seterusnya"... 






Tuesday, August 7, 2012

Jawapan dari persoalan itu...

I'm "choosing" the person because of:

1. No smoking
2. No drinking
3. No shisha-ing

Sebenarnya aku tak menolak, tapi sekurang-kurangnya tiga ciri tu tak boleh ada. Sangkut salah satu pun tak boleh. Aku ingatkan jangkaan tu tepat, tapi meleset. Peraturan yang mudah. Tapi kalau tak boleh ikut peraturan mudah ni dan tinggalkan, tak pe la. Lagipun aku tak suke pakse. Tanye pada diri sendiri. Tapi kalau mahukan perhubungan yang lebih jauh, tinggalkan. Sebab aku tak suke sebenarnya sebab lemas dengan asap. 

Disebabkan "smoking", aku dah hilang dua ahli keluarga penting. Sedih kan kalau orang yang kite sayang meninggal sebab komplikasi yang wujud dari "smoking". Aku tak mau la mcm tu. Aku anggap merokok dengan shisha ni same je. Asap jugak tu.

Aku minta maaf kalau terbuat kau rase senang dan tertarik. Kalau tak boleh ikut peraturan, lebih baik kita kawan.

:)   

Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan


Assalamualaikum, lame dh tak update blog ni. Tengok kat papan tanda atas tu pun dah berusang. Lame dh tak jenguk kat sini.

Kali ni, nak kongsi pasal ramadhan. Korang macam mane puasa? Penuh tak? Ke dah mula terkandas awal ramadhan? Yang rase-rase tak puase tu, jangan la tunjuk kat depan kawan-kawan atau orang ramai. Kesian tau kawan yang tengah berpuasa. Meleleh air liur diorang. Malu tau, lagi-lagi yang dah akil baligh. Kecuali la kalau memang perut dah sakit teramat sampai memudaratkan diri, lebih baik buka terus. Lepas raye, ganti la balik. Kan Islam tu mudah.

Memandang dah nak masuk awal pertengahan Ramadhan, elok-elok la muhasabah diri. Rase-rase ade yang terkurang perbetulkan balik. Bulan ni la kita nak rebut pahala. Tolak ketepi soal jahat ke baik manusia tu. Yang penting, masing-masing berniat untuk kerjakan ibadah puase. Puasa dalam bulan Ramadhan termasuk dalam rukun Islam yang ketiga. Jadi kesabaran dalam bulan puase ni perlu dititik beratkan walaupun aku sendiri pun kurang nak kawal diri supaya cakap bende-bende faedah. 

Tapi sepanjang ramadhan yang aku lalui kali ni, seperti biasa membaca al-Quran atau tadarus menjadi kebiasaan amalan dalam ramadhan. Bulan biase susah sikit sebab syaitan berkeliaran, ditambah pulak dengan nafsu. Dua gandingan hebat ni, selalu melemahkan manusia kalau tak dikawal. Sekarang yang tinggal cuma nafsu je sebab yang kena ikat syaitan. Nafsu tak. Bila nafsu dengan syaitan ni bergabung, memang power diorang sampai kita pun boleh tinggalkan kebaikkan. Selain dari baca al-Quran, solat terawih juga kene la buat kalau nak dapat pahala sunat yang banyak serta perkara-perkara sunat yg dirasakan perlu. 

Anggaplah bulan ramadhan ni sebagai permulaan untuk memperbaiki diri supaya menjadi seorang yang lebih baik. 


"Ramadhan Karim"