Pages

Thursday, August 9, 2012

Ini kata saya...

Kepada: Cik N

Saya boleh memahami awak...
Adakah awak boleh memahami saya?

Ini persoalan sebenar yang awak kena faham. Saya memang dah tentu nak pilih awak tapi ada perkara yang menghalang dari saya membuat keputusan tersebut. Tipulah kalau saya kata tak suka, tak sayang awak. Siapa kata saya tak terima awak? Awak dah boleh tengok kan tulisan saya bernada lembut. Diam saya itu ada maknanya.  

Dalam perhubungan, selain memahami di antara satu sama lain, hati ke hati, saya ikhlas nak berkenalan dengan awak. Saya tahu sikap awak menyenangkan hati, mudah berinteraksi. Keselesaan sangat dititik beratkan supaya kita mudah berhubungan.

Saya tahu dari apa yang saya baca dari status banyak terarah kepada saya. Bukan saya tak ambil tahu. Cuma lebih bersifat diam, nak tengok perkara yang seterusnya. Saya tahu awak ada menulis sesuatu yang "membenarkan" perjalanan perhubungan kita perlu diteruskan dengan lebih jauh lagi...

Tapi akhir-akhir ni, pernyataan awak ke arah kekecewaan... 

Biar saya jelaskan dahulu...
Awak perlu fahamkan yang ini dulu...
I'm "choosing" the person because of:
1. No smoking
2. No drinking
3. No shisha-ing

Tiga perkara di atas, ada dua yang berkaitan "smoking". Dan saya tak boleh terkena tempias  tu sebab memang sangat merimaskan. 

Saya tahu awak cenderung ke arah tu...

Mungkin awak rasa prinsip saya amat leceh untuk diituruti. Tapi awak kena fikir kondisi saya yang memang tak boleh berdepan situasi tu. Bayangkanlah saya terkena tempias tu, dan tiba-tiba mati disebabkan asap kimia tu. Agak-agak, awak boleh tengok saya lagi tak? 

Dan awak kena tahu yang saya adalah "non-smoker person". Apa-apa jenis asap rokok dan seangkatannya, memang saya tak boleh terima.

Awak selesa dengan keadaan tu, tapi saya yang lebih terseksa...

Awak kata sanggup terima kelemahan dan kekurangan saya. Dan inilah kekurangan saya...

"Prove your merit first. Show some effort to get what you want"

Apa yang saya tulis tu, awak kena faham. Kalau awak boleh tinggalkan berdasarkan ape yang saya nak, dah lame saya "approve".

Saya tetapkan sesuatu perkara bukan tujuan nak menyusah diri, tapi untuk kebaikkan awak dan saya. Saya tak minta pun dengan awak suruh buat perkara yang bukan-bukan. Tiga perkara tu la memang akan jadi prinsip asas perhubungan supaya tak boleh dibuat. 

Mungkin awak sedang berfikir, bahawa saya seorang lelaki yang kolot dan tegas dengan pendirian. Tapi kalau awak nak faham, inilah saya. Inilah yang saya nak, saya tak minta pun benda lain.

Saya nak mengenali awak bukan sekadar nak berkawan, tapi untuk matlamat hidup yang satu, perkahwinan. Itulah tujuan saya membina perhubungan. Setiap perkara ada matlamat dan ini matlamat saya.

Awak fikirlah masak-masak sebelum kita nak pergi ke "halaman seterusnya"... 






3 comments:

  1. pergh.. akram.. tak mampulah kita nak pergi halaman seterusnya.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Haha, Susu rupenye. Tp akram mahukan yg terbaik, x minta lebih dr itu pun :D

    ReplyDelete
  3. ouchh... huhu... takpe, tegas itu bagus. this is a good write up. harap si dia itu lihat, baca dan faham :)

    ReplyDelete