Pages

Thursday, August 25, 2011

5 hari yang dinanti...


"Satu hari di hari raya..."
Indahnya sungguh di hari raya..."
Di pagi hari raya..."
Menjelang hari raya..."
Bila tiba hari raya..."
Gema takbir di subuh hari..."
Di hari raya terkenang daku kepada si dia..."
Selamat berhari raya..."


Haish banyak sungguh lagu raya berkumandang. Puasa tak habis lagi, dah meriah fikir pasal raya. Belum cukup lagi kat radio, tambah pulak dengan housemate aku pasang lagu raya siap kasi guna speaker lak (kuat gile kau pasang). Bertambah syahdu pulak dalam Ramadhan kali ni. Haish, macam-macam. Masing-masing puasa penuh ke tak, aku tak tau. Tanggungan masing-masing, lagi lima hari lagi nak menyambut syawal ni, macam-macam cerita aku dengar. 


Ni perkara yang biasa ditanya time raye nak dekat:

"Tahun ni kau beraya kat ne?"
Raye tahun ni pakai baju warna ape?"
"Bape pasang baju kau wat tahun ni?"
"Rumah kau kat ne ea? Raye nanti leh la aku datang"

Yang tu hal-hal kita pulak. Memang raye, soalan yang same akan ditanye pada tiap-tiap orang. Tak terkecuali aku sekali.


Kalau hal mak bapak kita lak, slalunye time nak dekat raye, diorang akan buzy macam ni:

"Bape banyak kuih raye awak buat tahun ni?"
"Tahun ni nak tukar langsir, nak pakai warna ape ea?"
"Ni perabot kasi tukar baru"
"Rumah kasi bersih, kalau boleh kasi cat kuning, baru la ceria"
"Ni kain untuk baju raya, cantik tak?"
"Bile la awak nak masak ketupatnye oii?"
"Kalau boleh raye ni masak sedap-sedap"


Kalau time raye, mula la sesak-sesak. Budak-budak datang, minta duit raya.

"Huh, kalau budak-budak datang, pokai la aku"
"Ala 50 sen je, kedekut nye pak cik ni"
"Rumah punye besar, ciput je bagi kt kitorang"
"Jom target rumah tu, mesti dapat duit banyak"


Haha, macam-macam kerenah time raye. Yang penting budak-budak mesti target orang yang banyak duit, mengharap dapat duit raya banyak, hehe. Kalau dapat tuan rumah yang kedekut, nasib ler. Teringat time budak-budak dulu, suka pergi rumah ke rumah. Beraya rumah orang sebab nak duit je, hehe. 


Bile dah besar ni, kita mengharap orang bagi je. Dah tua bangka sapa nak bagi duit raya? Budak-budak datang duit kat kita ada la. Haha, tersangat la best. Ape-ape pun, tak mau taip panjang-panjang. 
Sempena Syawal yang akan menjelang tak lama lagi, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan Batin kepada semua kawan-kawan. Tidak kira di mana jua, di mana anda berada, Salam Aidilfitri diucapkan. 


Rejab pergi mendatang Syaaban
Syaaban kemari menanti Ramadhan
Ramadhan dihayati menanti Syawal
Syawal dirai dinikmati bersama

"Sesungguhnya Ramadhan itu paling dirindui, namun Syawal menanti menandakan kemenangan bagi umat yang berpuasa"








Friday, August 19, 2011

Catatan dari ramadhan 19



Aku tahu kenapa masa solat Jumaat tadi, tiba-tiba bacaan daripada seorang imam tadi menyentuh hati. Aku hampir menitiskan air mata. Bacaan pada rakaat kedua sebentar tadi benar-benar menyentuh. Bukan aku seorang saja yang merasakan, hampir semua jemaah yang hadir turut merasakan.


Surah al-Fatihah



Surah ar-Rahman. 


Selepas selesai menunaikan solat Jumaat, aku terus bergegas ke rumah. Setibanya di rumah, mata aku terus tercari-cari tafsir al-Quran yang berada di meja. Apabila aku mencari makna tersirat di sebalik surah al-Fatihah dan ar-Rahman, begitu indahnya maknanya kalau diertikan. Semoga mendapat panduan dan petunjuk dengan apa yang berlaku pada hari ini.

Monday, August 15, 2011

Ramadhan 15


Ramadhan 15, apa yg kaitannye dengan dengan post aku kali ni. Sebenarnye kita dah masuk 15 ramadhan hari ni. Bersyukur sehingga hari ini masih lagi diberikan kekuatan untuk melakukan apa-apa kerja dalam bulan ramadhan. Walaupun kudrat berhabisan nak melakukan tugasan, tapi itu semua cabaran dalam bulan Ramadhan

Lagu background pun dah tukar. Sempena ramadhan yang dh nak menjelang ke Syawal ni (puasa tak habis lagi), bersama-sama kita menadah kesyukuran kepada Allah swt kerana Dia kita masih hidup di dalam bulan yang mulia. 

Dalam bulan ramadhan lah kita dapat melakukan ibadah-ibadah sunat yang muakat. Walaupun ramadhan kali ini,  agak kurang sikit aku nak bertarawih, tapi tetap menjalan ibadah puasa seharian. Sape rase-rase nak buat tarawih tu, buatlah. Apa yang penting kita ikhlas nak beribadah. Aku pernah dengar satu tazkirah mase lepas tarawih pertama hari tu. Ada juga sahabat nabi yang buat solat tarawih dua rakaat je tp diterima Allah ibadahnya atas keikhlasan melakukan ibadah tersebut.

Tak mahu tulis panjang-panjang. Yang penting lakukan ibadah dengan hati yang terbuka dan ikhlas.

Salam Ramadhan

"Ramadhan Karim" (jawab tau ucapan ni)

Saturday, August 13, 2011

Puisi moreh


Huh, ok gak event semalam. Semalam sepatutnye aku menyanyikan lagu puisi, tapi terpaksa tukar last2 minit. Pak Agi request aku main lagu puisi, tapi ntah nape mood aku nak tibe2 tukar nak mendeklamasikan puisi je. Disebabkan kawan aku yg sorang lagi tu terpaksa balik atas sebab2 tertentu, so aku pun tukar plan. Tak jadi nak nyanyi.

Ramai yang pergi ke sana kebanyakkan Artistic Writing nye student. Aku sorang je yang dari Art Management yg join bace puisi ni. Tapi disebabkan nak pendedahan lebih, jadi aku pergi ke sana sekali atas ajakan Pak Agi. 

1st minute je gugup, tp dah berada lame skit baru nervous hilang. Dan paling penting, ade press dari Berita Harian datang semalam ambil kitorang nye puisi. Hope ade masuk kat ruangan Sastera nanti, hehe. Btw, bg sape yang involve teruskan berkarya dan sama2 berjuang dalam dunia seni. Ok, tak mau story banyak2. Tengok je la gambar kat bawah ni.


Ha, ni gambar semalam.

Monday, August 8, 2011

Shooting...


Selesai dah semalam untuk short film "Send Your Heart to Me". Aku yang join last minit ni rase puas walaupun jadi extra. 3 hari start dari Jumaat lepas dan Ahad merupakan last day (semalam), aku merasakan hidup dan tak pernah menjadi seceria sebelum ni. Maybe lebih ceria dari sebelumnya. Aku rase happy bile dapat gembirakan kawan2 mase shooting. Kasi gelak ketawa sama diorang ma. Haha, hati ini terasa puas. Susah aku nak percaya dalam bulan puasa ni, aku masih diberikan kekuatan untuk melakukan aktiviti macam ni. 

"Bersyukur kepadaMu Ya Allah selama mana kau jadikan hambaMu ni sebagai seorang yang mampu menceriakan sahabatnya"

Maybe sebelum2 ni memang aku monyok, tak yakin, buntu. Dengan kegembiraan semalam, memang hari2 yang menceriakan hidup aku. Walaupun aku join tak dibayar, apa yang penting aku belajar sesuatu yang tak pernah aku belajar sebelum ni. Memang aku pemalu, tapi aku beraksi depan kamera menjadikan aku yakin dan bermotivasi. Aku lebih "gile" dan slumber dalam berlakon! Haha

Memang aku tak tahu ape2 pasal kamera, tapi dalam produksi inilah aku dapat keluarkan dan berkongsi idea. Produksi ini aku merasakan memang aku merasakan diri aku dihargai dengan memberi idea kepada semua direktor. Tak kisah diorang nak terima atau tak. Yang penting cara diorang menerima idea tu buatkan aku jadi lebih kreatif untuk berfikir panjang.

Produksi ni lah buatkan aku jadi akrab dgn kawan2 yang aku tak kenal. Memang aku ni jenis yang jarang nak bertegur, tp selama 3 hari aku dapat kenal dengan lebih rapat siapa mereka. Inilah yang penting bagi aku. Paling penting bila nak berbuat sesuatu, jangan malu. 

Aku merasakan shoot guna DSLR lebih baik sbb mudah nak kendalikan berbanding guna kamera2 besar. Aku dah tgk shoot2 tu, semua aku rasakan berbeza dari segi perspektif sudut dan menampakkan inilah idea kreatif diorang sepanjang shooting 3 hari ni.

Maybe Allah nak tunjukkan aku sesuatu sepanjang aku "murung" dalam 3 bulan ni. Dan tak lupe gak, kawan2 lain yang terlibat. Thanks so much sebab aku banyak belajar dari produksi ini. Biarlah karya itu orang lain merasakan tak best. Tapi bila dah join shooting, baru aku rase penat + puas. 

Thank you Black Roses Production

"Kesabaran yang tertanam dalam naluri, menjadikan seseorang mencuba walaupun berisiko".

Wednesday, August 3, 2011

Itu kisah...


Cinta Separuh Mati

Verse
Hembus nafas ku 
Bergetar dalam degup jantungku
Bila tertenung kan raut wajahmu
Yang kian terpaut

Bridge
Cinta separuh mati
Kan coba ku hayati 
Dalam sukma ku menunggu
Biar waktu menentu
Kan ku cari abadi
Dan biar ku menanti
Tetap ku jadi penanti
Dalam temu ku bertemu

Chorus
Andai kau bayangan untukku
Dan biar terus hidup 
Dalam rindu dan angan ku
Aku kan terus menunggu
Dan harapan itu kan berdebu

Created: Pangeran Akram
2/8/2011

Tuesday, August 2, 2011

Alhamdullillah


Setiap hari berhembus nafas
Bangkit dari lamunan buatkan terjaga
Pancaindera terbuka melihat semesta
Dunia terpana luas terbuka
Inilah ruang terpancar menghantur jiwa
Sekalbu debu berkibar bersama
Ditiup angin-angin merdu
Lentur ditepuk tidak terputus
Saat berdetik dihitung 
21 minit jam temu
Jenguk bertandang melihat perlakuan
Kesyukuran sentiasa iringan bersama
Alhandullillah bersama diucap sentiasa

*Ucaplah Alhamdullillah walau seketika melihat dunia, saat roh keluar ketika kita sedang enak beristirahat, nyawa terhenti seketika bersin, lain-lain hal yang sama seangkatan. Ucaplah alhamdullillah kerana Izrail menjenguk manusia setiap 21 minit, hanya menunggu masa dari arahanNya untuk mencabut nyawa kita. Sempena Ramadhan al-Mubarak, perbanyakkanlah amalan supaya sentiasa diredhai dan diampunkan segala dosa-dosa terdahulu.