Pages

Thursday, January 26, 2012

Meniti sepurnama dua yang terakhir...


Sudah hampir 2 tahun setengah... 
aku kat Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik
Menghampiri saki baki yang perlu dihabiskan

Mungkin selepas ni...
Aku bakal meninggalkan fakulti ni.
Dengan hati yang cukup berat.....

Aku sudah membulatkan hati
Untuk sesi Degree nanti
InsyaAllah aku amik kos Musik

1. ASWARA
2. UiTM (Composition)

2 pilihan di atas tu
Merupakan yang paling utama 

Tapi bukan masa yang terdekat
Untuk tempoh 3 ke 5 tahun akan datang
Selepas ni aku nak kembangkan pengaruh

Dengan masterpiece yang ada
Cuba pasarkan dengan meluas

Memang la orang cakap 
"Tak amik musik pun masih boleh meningkat"
Tapi aku tak mau bersikap macam tu

Nak jadi seorang pemuzik/komposer
Kena ada ilmu yang lengkap 
Dalam bidang ni.

NOTASI adalah bahasa utama
Dalam musik
Yang perlu dipelajari

Orang yang tak pernah 
dengar arrangement
Mereka boleh faham
Beat, tempo, key, dll. 

Sekurang-kurangnya
Bila sebut pasal musik
Aku tak bercakap kosong

Keutamaan ilmu dalam bidang ni
Perlu ada

Jangan hanya pandai mencipta
 lagu atau musik

Tapi tak tahu :
Konsep
Genre
 Sub-genre
 Komposisi
dan lain-lain

Ramai orang cakap
aku rugi amik kos ni
Tapi aku fikir positif 

Minat aku dalam Performing Art
Telah terarah ke Composition (Composer)

Selepas aku nampak potensi 
Bermain piano dalam masa setahun
Tanpa diajar

Menguatkan lagi keinginan
Untuk belajar musik klasikal
Keinginan ke bidang musik.

P/s :
"Pilihlah sesuatu yang disukai; Sesuatu keputusan tidak dipengaruhi orang lain"

Tuesday, January 17, 2012

Inilah...


Hati ku tak pernah membohong
Sentiasa menanti...
Sentiasa memerhati mu...

Walaupun...
Diri mu tertunggu...
 Ku sedia terima mu

Diri mu itu amat ku senangi
Walaupun singkatnya perkenalan...
Bibit-bibit kecintaan itu lahir.

-Aku suka kamu-

Wednesday, January 11, 2012


Pagi, tengahari, petang, malam, tengah malam...
Susah kan nak berjauhan dengan gitar.
Setiap hari ku sentuh 
Dan memainkan melodi tanpa bosan.
Itulah aku.

Gitar, salah satu favorite instrument
Selain piano dan violin.
Cuma piano aku baru nak study
Merangkak-rangkak nak main.
Aku nak try study violin
Tapi aku terjumpa kawan 
Yang boleh ajar violin
Haha, boleh la faham sikit-sikit
Ada orang kata
Sape boleh main gitar
Dia boleh main piano.
Tapi orang yang main piano
Susah nak main gitar
Ha, betul ke?
Tu orang kata
Bukan aku kata, hehe.



Ni lah aku punye gitar 
Santa Cruz (dreadnought) 



Ni salah satu brand favorite aku
Teringin nak satu =D

Selama 8 tahun aku main gitar
Terasa banyak improvement
Aku bukan expert pun
Tapi dah tiap-tiap hari 
Duk mengadap gitar
Kalau nak kate tak improve
Memang tipu la kan? Haha

Sekarang, 
Yang banyak improve kan aku 
Dalam skill gitar adalah
Dengan bermain melodi akustik
Bukan lagu yang ada nyanyi tu
Tapi susunan melodi muzik.

Salah satu arrangement favorite aku
Tapi memang aku dah boleh main 
sekarang ni adalah:
River Flows in You (Yiruma)

Nampak macam susah je
Tapi kalau faham konsep muzik akustik 
Agak senang nak faham, hehe

Aku suka main lagu 
yang boleh kasi jari aku menari 
Kat atas tali gitar, haha.

Apa-apa pun
Aku seronok dengan 
apa yang aku dapat.

"Kepuasan adalah sesuatu yang sukar untuk di beli"





Sunday, January 8, 2012

Nyatakanlah...

Semakin lama... 
Semakin jelas...
Bayangan yang diberikan...
Aku mengerti...
Dari anak mata mu...
Ku lihat dari jauh...
Seperti ku erti makna mu...

Kau cuba...
Menyatakan sesuatu...
Yang mungkin nya pasti...
Mungkin perlu ku tahu...
Selama ini tak pernah ku tahu...

Bermimpikah aku...
Atau itu bayangan...
Seantero di sana...
Langit bumi bergema teriakkan...
Menjadi saksi kau dan aku...

Hanya dia... 
Hanya dia...
Hanya dia...

Monday, January 2, 2012

Salah atau betul tafsiran...


Lama kan aku tak update kat blog ni. Dah jadi ape pun aku tak tau. 
Aku tak tahu sejak akhir-akhir ni macam-macam pulak yang aku dapat tau.

Paling penting aku dah nak tamatkan pengajian diploma dalam masa 2 bulan lagi, insyaAllah.
Dan sejak akhir-akhir ni  macam-macam yang aku tau.
Tapi tak tau la betul ke tak.

Sejak akhir-akhir aku macam boleh baca body language terutamanya perempuan.
Tak tau la apa yang boleh menarik sampai aku boleh terfikir nak tafsir.
Aku terasa ada orang cuba nak rapat dengan aku.
Tapi macam malu-malu je.

Tapi tak kisah la sebab perempuan ada sifat malu
Yang tu memang aku suka.
Atau dia sendiri yang "tertarik" nak rapat dengan aku?
Aku salah tafsir ke?
Atau perasan lebih?

Tapi apa yang pasti...
Sejak beberapa bulan lepas
Aku terperasan dengan seorang perempuan ni
Bila dia dekat dengan aku...
Agak ada kepelikan di situ
Bukan sorang je, tapi ada beberapa individu lain
Yang aku kenal...
Cuma yang sorang ni 
Sangat jelas signal ditunjukkan... 

Cara atau gaya yang ditunjukkan berbeza
Ada sesuatu yang cuba nak beritahu...
Aku cuma boleh baca gerak tubuh...
Ekoran anak mata...

Baru aku faham
Kenapa begitu...
Tengok dari jauh...
Nampak dia nak tarik perhatian aku
Tapi aku biarkan...
Sejauh mana usaha dia...

Kadang-kadang 
Aku terasa kosong gak
Terasa mau hidup berteman

Tapi apa yang aku pertahan selama ini
Tak nak "couple"
Tak nak awek
Lebur juga prinsip tu
Naluri setiap manusia mesti ada sifat untuk dikasihi
Mau kan perhatian...

Aku suka dengan banyak orang 
Tapi susah nak buat pilihan...

Tapi kalau dia boleh terima diri ini
Secara mudahnya aku boleh terima dia...
Itu saja...

Dan aku perasan...
Makin lama makin menjadi
Tapi aku masih tercari orang yang boleh
Terima diri ini seadanya...