Pages

Thursday, January 26, 2012

Meniti sepurnama dua yang terakhir...


Sudah hampir 2 tahun setengah... 
aku kat Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik
Menghampiri saki baki yang perlu dihabiskan

Mungkin selepas ni...
Aku bakal meninggalkan fakulti ni.
Dengan hati yang cukup berat.....

Aku sudah membulatkan hati
Untuk sesi Degree nanti
InsyaAllah aku amik kos Musik

1. ASWARA
2. UiTM (Composition)

2 pilihan di atas tu
Merupakan yang paling utama 

Tapi bukan masa yang terdekat
Untuk tempoh 3 ke 5 tahun akan datang
Selepas ni aku nak kembangkan pengaruh

Dengan masterpiece yang ada
Cuba pasarkan dengan meluas

Memang la orang cakap 
"Tak amik musik pun masih boleh meningkat"
Tapi aku tak mau bersikap macam tu

Nak jadi seorang pemuzik/komposer
Kena ada ilmu yang lengkap 
Dalam bidang ni.

NOTASI adalah bahasa utama
Dalam musik
Yang perlu dipelajari

Orang yang tak pernah 
dengar arrangement
Mereka boleh faham
Beat, tempo, key, dll. 

Sekurang-kurangnya
Bila sebut pasal musik
Aku tak bercakap kosong

Keutamaan ilmu dalam bidang ni
Perlu ada

Jangan hanya pandai mencipta
 lagu atau musik

Tapi tak tahu :
Konsep
Genre
 Sub-genre
 Komposisi
dan lain-lain

Ramai orang cakap
aku rugi amik kos ni
Tapi aku fikir positif 

Minat aku dalam Performing Art
Telah terarah ke Composition (Composer)

Selepas aku nampak potensi 
Bermain piano dalam masa setahun
Tanpa diajar

Menguatkan lagi keinginan
Untuk belajar musik klasikal
Keinginan ke bidang musik.

P/s :
"Pilihlah sesuatu yang disukai; Sesuatu keputusan tidak dipengaruhi orang lain"

No comments:

Post a Comment