Pages

Sunday, October 21, 2012

Selepas 3 tahun

Selepas 3 tahun, baru aku rasa lebih tenang... sabar... bersikap timbang rasa... Aku tahu bukan mudah nak ubah sesuatu situasi yang bukan lahir dari diri aku sebenar.

Kawan-kawan sekeliling banyak mengajar aku macam mana nak kawal psikologi supaya tak bertindak melulu... perlu bersikap yakin walaupun tak yakin. Bersaksikan yang sedang membaca... Bukan mudah nak ubah sesuatu perkara yang bukan kebiasaan. Konsep percaya kan sesuatu itu adalah penting. Timbulkan keyakinan. Bila rasa tak yakin, itu merubah minda supaya kurang percaya terhadap sesuatu perkara.

Kalau kita nak orang lain memahami diri kita, cuba fahami diri sendiri. Kehendak dan kemahuan. Bagi aku sesuatu yang tak betul kalau kata setiap orang lain-lain. Bagi aku sama, kalau nak bersikap membezakan orang lain, perlu juga tahu setiap orang yang hidup memerlukan petunjuk. Petunjuk di sini adalah guidance dari orang sekeliling. 

Walaupun jahat atau baik seseorang, perlu diketahui. Menasihati orang yang sudah dewasa bukan senang. Cuma nak bagi kesedaran pada seseorang supaya ikut sesuatu yang baik adalah dengan menunjukkan contoh yang baik. Mereka merasakan perkara dilihat baik dan memberi faedah, mereka akan ikut. Itu terpulang pada keadaan yang dia lihat. Kalau dia rasa perkara kejahatan dianggap menyeronokkan, itu juga mempengaruhi dan dianggap sebagai positif walaupun perlakuan itu negatif.

Cakap dari mulut memang mudah, tapi bukan mudah mempengaruhi seseorang untuk berubah. Dan paling penting doakan seseorang yang kita harapkan itu berubah ke jalan kebaikkan selagi niat ingin mengubah seseorang ke arah kebaikkan. Perlu faham, doa adalah senjata utama orang islam. 

Terima kasih kepada sesiapa yang telah membawa aku ke jalan kebaikkan dan bersikap positif. Aku sentiasa doakan korang dapat faedah yang baik dari Tuhan. :)


No comments:

Post a Comment