Impian... Semua orang ada impian. Aku juga begitu; mengimpikan sesuatu yang aku nak dalam hidup. Kerjaya, harta, keluarga... 3 perkara yang selalu aku fikirkan.
Tak semua impian tercapai tertunai dengan cepat. Semuanya perlahan-lahan, kita usaha, Tuhan buka rezeki. Memang nak capai impian mesti ada halangan.
Kerjaya...
Aku impikan untuk jadi seorang Singer-songwriter, lyricist, pelakon dan ahli produksi filem.
Yalah. Lagipun aku seronok jadi tu sebab berdasarkan minat, menulis lagu, menyanyi, berlakon dan lain-lain.
Harta...
Aku impikan untuk miliki kekayaan.
Kereta, rumah bernuansakan hijau di sekeliling dengan berkonsepkan Melayu Klasik atau Nusantara.
Yalah. Lagipun aku berhajat nak miliki semua, selepas berusaha untuk capai. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Keluarga...
Aku impikan untuk bina sebuah kehidupan yang baik.
Ada isteri, anak-anak.
Yalah. Lagipun aku berfikir kehadapan seperti tu, adalah memikirkan tanggungjawab yang besar sebagai ketua keluarga.
Bila aku fikir 3 perkara ni, aku rasa lebih bertanggungjawab. Tapi kenapa aku letakkan kerjaya no.1, harta no.2, dan keluarga no.3. Sebab ini ikut keutamaan sebenar.
Aku letakkan kerjaya perkara paling mustahak disebabkan daripada apa yang aku usahakan, dapat kumpul dana atau kewangan. Bila bermatlamat dan rajin berusaha, aku dapat kumpul pendapatan setiap bulan. Dari situ aku bina harta untuk kesenangan hidup.
Aku letakkan harta perkara kedua disebabkan daripada kerjaya yang dibina, aku boleh buat simpanan yang kukuh, beli kereta, rumah, kelengkapan dan lain-lain. Mustahaknya di sini, bila berharta aku senangkan hidup di samping dapat bantu keluarga.
Aku letakkan keluarga perkara ketiga disebabkan bila berharta barulah boleh tanggung anak dara orang; atau lebih tepat, berkahwin. Bila aku rasa kehidupan dah cukup selesa, kewangan kukuh dan mengizinkan, barulah berhajat untuk kahwin. Bila dah berkeluarga, perlu bijak menguruskan simpanan setiap bulan. Dan paling penting, kehidupan selepas berkeluarga lagi mencabar sebab berhadapan 3 perkara dalam satu masa; Kerjaya, harta dan keluarga. Oleh itu, stress management sangat penting di sini untuk lebih berjaya mengawal keadaan.
Orang kata, "Alah, muda lagi. Jom la enjoy, banyak masa lagi. Bende macam ni boleh fikir kemudian." Tapi bagi aku zaman enjoy aku dah "berakhir" walaupun umur baru 21. Aku pun student jugak macam orang lain, seronok, happy. Tapi sampai bila? Lebih baik rancang kehidupan supaya masa yang akan datang aku lebih bersedia. Berfikirlah cara untuk mematang diri dengan baik. In Shaa Allah, semuanya berbaloi.
No comments:
Post a Comment