Pages

Sunday, December 30, 2012

Cinta: Dimensi Tiga Penjuru

Cinta itu menghanyutkan asmara duka... Tatkala aku berpaling jauh, hadirnya insan ciptaan Tuhan menemani ku. Cuma seketika ini aku gembira. Hari mendatang pasti menjadikan aku sangsi dengan kejodohan Tuhan. Aku tak tahu siapa pilihan ku. Terus mencari... hanyut bayangan asmara. Aku sendiri menghalang diriku untuk bercinta tatkala ada insan berharap... Maafkan aku. Bukan aku menyangkal tapi indah itu hadir pada saatnya kenal lama. Kerna ku jua sentiasa berharap. Cinta kebetulan itu ada kesangsian. Menghadirkan jiwa gelora susur masa. 

Seumpama hidup di perhentian... Perjalanan kejodohan hanya mencari serampang mata indah untuk ditatap. Walhal, ego ku pasti jatuh setelah tertatap. Mata bertentang mata, hanya memandang kejauhan. Jelasnya dekat tapi berengganan. Sekadar sedap dipandang tapi kekosongan... Kosong itulah harus ku isi, untuk ku tulis dalam warkah terindah. Perjalanan yang pasti gamit kehanyutan, asmara membara setiap saat hidup dalam kembara masa. Susunan kejodohan disusun TuhanKu supaya kenal siapa wanita. 

Bukan peduli yang mengata ku sebagai sangsi terhadap kejodohanNya... Aku tak menafikan kehadiran wanita. Setiap inci dirasa walau seketika tiba dan pergi... Perlu dilihat keindahan perawan itu adalah mendendang pahlawan yang gelisah memperjuangkan kemahuan semata. Membaranya sakti percintaan diciptakan Adam dan Hawa di syurga, tercampaknya mereka angkara Iblis. Dia bertepuk mereka menangis... Magis si Iblis mengguris hati. 

Membibit gelora... Membuai asmara... yang menghanguskan rencana semasa. Bukan ku pinta, tapi dasar Tuhan aku terima. Soal kejodohan itu kerahsiaan. Jangan berpaling dan kebelakang... Maju mencari sebuah permata bernama... cinta.

Thursday, December 27, 2012

Kita dan Bolasepak

Bercerita pasal bolasepak, banyak perkara orang perkatakan. Bagi lelaki, ia sebagai kegilaan sebab minat: Skill, taktikal, cara permainan, player dan lain-lain. Perempuan? Minat juga dengan bolasepak, tapi kebanyakkannya minat dengan pemain. Handsome... Haha. Tak kisah lah apa yang kita perkatakan pasal bolasepak, yang penting minat dengan sukan ni ada. Walaupun latarbelakang masyarakat datang dari pelbagai bidang; Ahli politik, polis, doktor, cikgu, dan lain-lain, semuanya peminat bolasepak kecuali segelintir yang tak minat lah. 


Harimau Malaya adalah skuad kebangsaan Malaysia. Bermula era Rajagopal, konsistensi pasukan dalam setiap perlawanan sentiasa berada di tahap baik. Cuma kekalahan di Piala Suzuki AFF, banyak pihak tunding jari kat Rajagopal. Menyalahkan dia 100 peratus kegagalan Malaysia ke final. Tak faham setiap kali pasukan kita kalah, jurulatih dipersalahkan. Bagi aku pemain sepatutnya dipersalahkan sebab tak terjemahkan taktikal jurulatih dengan baik. Walaupun tukar jurulatih sekalipun, tapi mentaliti dan motivasi pemain tak berubah, takkan membawa kejayaan juga. Jepun dan Korea, satu ketika dulu mereka berada di bawah kita. Tapi kedudukan mereka jauh lebih baik berbanding kita. Bolasepak kita bukan tak bagus, tapi masalah politik dalam bolasepak terlalu menjadi berbanding program pembangunan yang dibuat. 


Harimau Malaya

Setiap orang ada pasukan favorite. Kalau pasukan negara luar aku minat France. Sebab pasukan ni berbakat cuma mereka ada masalah disiplin. Aku mula minat sejak World Cup 1998. Masa tu mereka di barisi barisan terkuat yang diketuai Attacking Midfielder paling genius dan berbakat, Zinedine Zidane. Dan masa tu juga mereka juara dunia menewaskan Brazil 3-0. 


Juara Piala Dunia 1998, Perancis
Zidane (Kiri)

Kalau kelab, aku minat Manchester United. Yang ni memang jadi favorite sebab dari dulu lagi aku minat. Aku mula minat sejak dari tahun 1999 sehingga sekarang. Apa yang bagus dengan kelab ni, kelab masih kekalkan Sir Alex Ferguson sebagai pengurus dan merupakan paling lama dalam sejarah bolasepak. Sebab dia dah jadi pengurus Red Devils sejak tahun 1986 sehingga 2012 (26 tahun). Berkemungkinan musim depan Ferguson bersara dan bakal digantikan sama ada antara dua pengurus yang berkeliber, Pep Guardiola (ex-Barcelona) dan Jose Mourinho (Real Madrid). 


Manchester United
Sir Alex Ferguson

Yang menjadikan aku seronok menonton bolasepak adalah melihat sendiri taktikal, basic football: attacking, defending, passing, set-piece dan lain-lain. Jadi statistik perlawanan sangat penting untuk melihat siapa menang dalam game. Contoh: Spain terkenal dengan taktikal tiki taka atau taktik false number 9, iaitu strategi tanpa penyerang. Terbaru, formasi semasa Euro 2012. Spain menggunakan formasi 4-6-0 di mana 6 midfield digunakan bagi menjana kekuatan serangan yang diketuai midfield, Cesc Febregas. Kekuatan setiap pasukan bergantung kepada taktikal, pemain dan permainan berpasukan.

Cukup sekadar ini saja yang dapat aku kongsi. Sebenarnya banyak lagi benda yang nak aku kongsi. Sekadar mengisi ruang di blog supaya tak bersawang. Haha. Thanks everyone yang membaca. 

 







Monday, December 17, 2012

Memikirkan hal yang terbaik...


Impian... Semua orang ada impian. Aku juga begitu; mengimpikan sesuatu yang aku nak dalam hidup. Kerjaya, harta, keluarga... 3 perkara yang selalu aku fikirkan. 

Tak semua impian tercapai tertunai dengan cepat. Semuanya perlahan-lahan, kita usaha, Tuhan buka rezeki. Memang nak capai impian mesti ada halangan.


Kerjaya...
Aku impikan untuk jadi seorang Singer-songwriter, lyricist, pelakon dan ahli produksi filem.

Yalah. Lagipun aku seronok jadi tu sebab berdasarkan minat, menulis lagu, menyanyi, berlakon dan lain-lain.


Harta...
Aku impikan untuk miliki kekayaan.
Kereta, rumah bernuansakan hijau di sekeliling dengan berkonsepkan Melayu Klasik atau Nusantara.

Yalah. Lagipun aku berhajat nak miliki semua, selepas berusaha untuk capai. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.


Keluarga...
Aku impikan untuk bina sebuah kehidupan yang baik.
Ada isteri, anak-anak.

Yalah. Lagipun aku berfikir kehadapan seperti tu, adalah memikirkan tanggungjawab yang besar sebagai ketua keluarga.


Bila aku fikir 3 perkara ni, aku rasa lebih bertanggungjawab. Tapi kenapa aku letakkan kerjaya no.1, harta no.2, dan keluarga no.3. Sebab ini ikut keutamaan sebenar. 

Aku letakkan kerjaya perkara paling mustahak disebabkan daripada apa yang aku usahakan, dapat kumpul dana atau kewangan. Bila bermatlamat dan rajin berusaha, aku dapat kumpul pendapatan setiap bulan. Dari situ aku bina harta untuk kesenangan hidup.

Aku letakkan harta perkara kedua disebabkan daripada kerjaya yang dibina, aku boleh buat simpanan yang kukuh, beli kereta, rumah, kelengkapan dan lain-lain. Mustahaknya di sini, bila berharta aku senangkan hidup di samping dapat bantu keluarga.

Aku letakkan keluarga perkara ketiga disebabkan bila berharta barulah boleh tanggung anak dara orang; atau lebih tepat, berkahwin. Bila aku rasa kehidupan dah cukup selesa, kewangan kukuh dan mengizinkan, barulah berhajat untuk kahwin. Bila dah berkeluarga, perlu bijak menguruskan simpanan setiap bulan. Dan paling penting, kehidupan selepas berkeluarga lagi mencabar sebab berhadapan 3 perkara dalam satu masa; Kerjaya, harta dan keluarga. Oleh itu, stress management sangat penting di sini untuk lebih berjaya mengawal keadaan.


Orang kata, "Alah, muda lagi. Jom la enjoy, banyak masa lagi. Bende macam ni boleh fikir kemudian." Tapi bagi aku zaman enjoy aku dah "berakhir" walaupun umur baru 21. Aku pun student jugak macam orang lain, seronok, happy. Tapi sampai bila? Lebih baik rancang kehidupan supaya masa yang akan datang aku lebih bersedia. Berfikirlah cara untuk mematang diri dengan baik. In Shaa Allah, semuanya berbaloi.