Pages

Thursday, November 28, 2013

R a w a k

Episod 1

Keadaan orang ramai yang berjalan di sekeliling, tampak seperti hari-hari biasa. Keadaan kota yang mencabar ditambah pula dengan kesibukkan semasa, tidak pula menampakkan ada hari yang mati tanpa kehidupan. Semuanya bergerak menuju apa yang mereka fikirkan. Keadaan di sini sesak… di tepi jalan, tepi kedai, tepi traffic-light, semuanya ligat mahu cepat ke destinasi yang di tuju. Ada yang jalan kaki, menunggang motosikal, memandu kereta, bas, teksi… Semua mahu pantas.

Dan aku pula sibuk dengan aktiviti biasa, busking. Saban tahun aku hiburkan orang di tepi jalan. Pasar Seni adalah arena aku mendayukan suara. Ada yang buat tak tahu, ada yang berhenti sambil memberi wang, dan ada juga pelancong yang mahu bergambar. Biasanya pelanconglah yang suka bagi banyak wang sampai aku dapat Rm50 walaupun persembahan tak seindah seperti kaca televisyen. Di situ juga punca rezeki. Adakalanya kutipan yang ada memadai untuk berbelanja. Bukan senang hidup di kota, yang ada sekarang pun banyak miskin bandar. Yang kaya terus lena, yang miskin terus sempit. Cuma aku saja yang tak berfikir apa kerana dah terbiasa hidup susah. Hanya bermain gitar dan menyanyi saja yang aku mahu kerana suka hiburkan orang.

Seperti biasa, pagi ini aku menuju ke Pasar Seni. Jarak rumah ke sana tak jauh. cukup dengan berjalan kaki. Di tempat yang aku duduk ini sebenarnya deretan rumah kedai. Aku berterima kasih pada tuan kedai kerana membenarkan tinggal di sini, di tingkat dua. Bayaran bulanan pun sekadar Rm70.  Setibanya di sana, aku terus menurunkan beg gitar yang disandang dari belakang. Beg itu aku letakkan di bawah, seterusnya memasang tali penyandang di gitar. Kemudian sandangkan di bahu. Lalu aku berdiri dan menyanyi…

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari hari ini
Anak anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal budaya
Canggung bangsa sendiri

“Harap kutipan hari ni banyak,” kata aku dalam hati.

Sambil aku strumming gitar, ada orang mula berkerumun di hadapan. Tamat saja nyanyian, ada yang tepuk tangan dan hulur Rm5, Rm10 ke dalam bekas yang aku sediakan. Kemudian aku teruskan menyanyi dengan lagu seterusnya. Setibanya tengahari, aku berhenti seketika untuk rehat di tepi . Aku cuba mengira kutipan tadi, lalu tersenyum.

“Ada Rm80 semuanya. Kalau teruskan lagi sampai ke malam, mungkin dapat lebih Rm100,” kata aku dalam hati.

Dari pagi sampai tengahari tadi, agak ramai juga orang. Termasuk juga dengan pelancong yang datang.  Kemudian aku terus ke gerai yang berdekatan untuk beli makanan. Sambil itu aku pandang sekeliling tempat. Tengahari ini biasanya orang ramai keluar untuk menikmati makan tengahari terutama orang yang kerja pejabat. Kesesakan yang begitu biasa dialami warga kota. Setelah aku dapatkan makanan, terus beredar selepas membayar sejumlah wang. Aku terus menjamah makanan tadi. Tanpa aku sedar, ada seorang telah menyapa di sebelah. Seorang wanita, cantik, rambutnya paras bahu, anak matanya cantik, agak redup kalau dipandang.

“Macam mana hari ini? Banyak tak dapat?” bertanya dia sambil senyum.
“Macam biasalah. Adalah sikit nak buat belanja makan.” jawab aku kepada dia.
“Kira lama jugaklah awak dah perform kat sini. Saya selalu tengok awak kat sini.” kata dia.

Sedang aku menghabiskan makanan, sambil itu juga berborak dengan dia.  Dalam tak sedar, aku melihat jam. Sudah pukul 2 petang. Masa untuk bergerak ke tempat lain.

“Lepas ni awak ke mana pulak?” tanya wanita itu.
“Saya nak gerak ke Bukit Bintang. Kat sana memang tempat saya busking selain kat sini. Lagipun saya memang bergerak sana sini untuk perform kat tempat lain.” jawab aku kepada dia.
“Nak follow awak boleh?” bertanya dia lagi.
“Nak follow? Dah kenapa pula dia ni? Lagipun aku tak kenal, kalau dia nak ikut takpalah.” Kata aku dalam hati.
“Kalau macam tu takpalah. Awak boleh ikut.” Jawab aku kepada dia.

Jelas terpancar kegembiraan di muka wanita itu. Dengan senyuman.. cantik. Yang begitu pelik, aku tak pernah kenal siapa dia, di mana dia tinggal dan kerja sebagai apa. Yang pasti aku belum kenal sesiapa melainkan tuan kedai semenjak aku tiba di sini 2 tahun yang lalu. Lalu kami beredar bersama-sama sambil menyambung perbualan tadi setelah terputus seketika.

Sesudah tiba di sana, kelihatan begitu ramai orang dengan keadaan yang sesak. Ada yang sedang duduk, ada yang berdiri menunggu traffic-light bertukar hijau, ada pasangan yang sedang berpacaran, selebihnya pelancong yang hadir di sini. Itulah kesibukan warga kota di sini. Sebenarnya dalam ramai-ramai orang di sini, ada yang sudah menunggu kehadiran aku yang cukup sinonim kerana sudah tahu aku bakal perform di sini. Melihat pada wanita tadi, dia hanya duduk di tepi sambil menonton aku dari dekat.

Gitar tadi aku keluarkan dari beg, lalu aku mainkan lagu-lagu yang biasa dimainkan. Selain memainkan lagu Melayu, lagu inggeris juga turut aku nyanyikan. Namun ada juga aku selitkan lagu ciptaan sendiri sewaktu menyanyi tadi. Ketika inilah banyak wang yang aku peroleh kerana di sini boleh dikatakan sebagai lubuk pencarian kerana ramai orang di sini terhibur dengan apa yang aku persembahkan. Adakalanya menjangkau Rm100 dalam satu hari. Itu belum lagi ketika hari minggu. Aku boleh dapat lebih jumlah dari apa yang diperoleh melebihi kebiasaan. Menghampiri senja, barulah aku berhenti perform kerana sudah hampir menjengah malam. Usai bermain, aku didekati wanita tadi.

“Seronok dapat tengok awak bermain tadi. Ada potensi untuk pergi jauh. Yang bagusnya, awak ada lagu sendiri. Skill awak pun bagus semacam pemain gitar akustik yang hebat” ujar wanita tadi.
“Haha, biasa je. Saya tak la sehebat pemuzik yang awak selalu tengok kat televisyen. Lepas ni awak nak ke mana?” tanya aku kepada dia.
“Saya nak balik rumah. Tapi sebelum tu jom ke kedai makan. Awak tak lapar ke?” tanya dia kepada aku.
“Lapar jugak. Kita ke gerai sebelah sana. Ada masakan panas kalau awak nak.” Kata aku kepada dia.
“Boleh juga.” Jawab dia dengan membalas dengan senyuman

Lalu kami ke gerai tersebut, lantas memesan beberapa menu sebagai makan malam. Kemudian aku berbual dengan wanita tadi. Bertanya beberapa soalan yang aku ingin tahu, tapi terlupa apa yang mahu ditanya. Disebabkan kelekaan tadi, aku tak teringat apa pun perkara tersebut. Betul kata orang, kalau kita sering terlalu ingatkan sesuatu perkara kita akan lupa.

Melihat pada dia, gayanya seperti anak orang berada, datang dari keluarga kaya berdasarkan cara berpakaian yang agak mahal. Tapi perwatakkannya pula berbeza dari apa yang aku fikirkan. Dia lebih humble dari apa yang aku sangkakan. Ditambah pula dengan rupa paras yang cantik, ramai lelaki mudah terpaut pada kelebihan yang dia ada. Bagi aku, wanita golongan yang sukar dijangka dan agak sensitif serta berbeza gaya pemikiran daripada lelaki. Mungkin… Dari tadi aku lihat dia asyik saja melihat aku, tapi aku biarkan saja pandangannya itu. Setibanya menu yang dipesan, kami terus menikmati makan malam yang terhidang. Dia sering saja bertanya tentang aktiviti seharian, tapi aku jawab saja. Usai saja makan malam, kami terus ke kaunter untuk bayar hidangan tadi. Yang hairan, dia yang membayarnya.

“Dia belanja aku ke? Aku baru nak bayar ni.” ujar aku dalam hatiku. Kemudian kami pun beredar dari gerai.

“Tak mengapakah awak pulang seorang diri?” tanya aku kepada dia.
“Tak apa. Saya boleh pulang sendiri. Apa-apa pun terima kasih kerana dapat temankan awak hari ini.” Kata dia.
“Teman aku? Eh, lain macam je ayat dia tu.” kata aku dalam hati.
“Sama-sama.” Balas ku kembali.

Sebelum berpisah, dia melambai tangan kepada aku. Aku membalas kembali lambaian itu. Lalu kami mengambil jalan yang berasingan untuk pulang. Dia pula menuju laluan sempit. Tapi aku tahu situ laluan shortcut ke perhentian bas. Tapi aku merasakan tak sedap hati sejak keluar dari gerai tadi. Aku cuba tenteramkan diri.

Sedang aku berjalan, tiba-tiba aku ternampak dua orang yang mencurigakan lalu di jalan sempit tadi. Kalau tak silap, itu jalan yang wanita tadi lalu di situ. Aku matikan niat untuk pulang, dan berpatah balik untuk tengok keadaan di situ. Dua orang tadi merapati wanita tadi, lalu menangkap dia. Seorang memegang dia, seorang lagi mengacukan pisau. Keadaan semakin tegang…


“Aku dah agak, dari tadi rasa tak sedap hati. Patut la rasa tak senang duduk tadi. Apa yang aku perlu buat?” ujar ku lagi.

Dua orang yang aku lihat itu agak bahaya. Tapi aku tiada pilihan untuk selamatkan dia dari ancaman. Lalu aku keluarkan gitar dari beg sebagai senjata untuk memukul lelaki tersebut. Lalu perlahan-lahan aku dekati mereka, kemudian dengan satu hayunan yang kuat, pukulan tadi mengenai kepala lelaki yang memegang pisau. Dia menjerit, kepalanya berdarah akibat pukulan tadi. Pisau yang dipegang tercampak jauh. Akibat meraung kesakitan, dia hilang imbangan lalu terbaring di tepi longkang. Pukulan itu menyebabkan badan gitar patah.

“Jangan dekat, kalau tak aku patahkan leher dia!” kata lelaki seorang lagi sambil mendakap leher wanita tadi.

Belum sempat lelaki tersebut berbuat demikian, aku berikan satu hentakan terus menggunakan kepala gitar lalu ku tuju ke arah dahinya. Dia terjatuh dan wanita tadi terlepas daripada dakapannya. Sudah lama aku tak praktikkan silat dalam pertarungan sebenar. Dia bangun kembali dengan amarah.

“Bedebah, jangan ingat kau boleh lepas!” kata dia sambil mengeluarkan pisau lipat.

Dia cuba menikam berkali-kali tapi aku berjaya mengelak. Lalu aku berikan pukulan siku tepat ke mukanya. Dia terjatuh dengan melihatkan hidungnya berdarah akibat tujahan yang kuat tadi. Terbaring di situ sambil tak sedarkan diri. Belum sempat aku membantu wanita tadi, tiba-tiba…

“Zupppp!!!” aku ditikam dari belakang tanpa disedari.

Aku terjatuh kerana rodokan pisau yang tajam. Badan jadi lemah, lelaki tadi memegang leher sambil menumbuk muka aku. Tumbukannya kuat menyebabkan aku hampir pitam. Aku tak berdaya nak melawan, tapi aku masih kelihatan wanita tadi ketakutan kerana melihat darah pekat keluar dengan banyak dari badan. Aku ditendang, dipukul dengan teruk. Badan terasa longlai, kepala pening… Tapi aku harapkan dia lari selamatkan diri.

“Celaka, kenapa aku tak melawan! Bangun!” ujar aku dalam hati.

Aku tak mampu berbuat apa, hanya berdoa agar wanita itu selamat. Terasa tulang rusuk kiri aku patah akibat ditendang lelaki itu. Aku tak mampu…

Selang beberapa ketika, beberapa anggota polis yang meronda kawasan di situ ternampak pergaduhan. lantas bergegas ke sini. 2 orang polis tadi mengacukan pistol mengarahkan supaya lelaki tadi meletakkan senjata. Kedegilan lelaki itu cuba pula mencederakan polis akhirnya kakinya ditembak menyebabkan dia terjatuh sambil mengerang kesakitan. Tindakan polis berjaya redakan keadaan, kemudian mereka diberkas di bawa ke balai polis.

Melihatkan keadaan wanita tadi, aku senyum walaupun kesakitan. Perlahan-lahan dia merapati aku…

“Saya tahu saya salah sebabkan awak cedera,” kata dia sambil menagis teresak-esak.
“Tak mengapa… yang penting awak selamat…” balas ku kembali.


Lalu ku pejam mata…

*bersambung...

Sunday, September 22, 2013

Pembuka kunci pintu hati..


Cinta...

Apakah erti sebenar yang aku cari? Kadang-kadang aku tak mengerti kekeliruan yang berlaku. Hendak di luah tapi tak terucap. Hendak ku tacap, tapi tak terpandang. Adakalanya aku perlu memahami hati... seumpama hati ini perlu dicari kunci pembuka untuk dibuka pintu hati.

Hati sentiasa tertutup, sukar menafsirkan rasa yang terbeban dalam hati. Hati ku ingin bercinta tapi tak merasakan cinta. Hati ku ini merasa sayang, tapi tak merasakan sayang. Hanya gundah menggelorakan jiwa, bermain madah dalam tulisan. Aku sering hanyut dalam mimpi ciptaan, mensensasikan asmara dalam bayangan yang aku rasakan mustahil untuk capai selagi tak diluah.

Aku keliru siapa yang aku cinta. Kadang-kadang aku tertarik pada kecantikan. Pada masa yang sama kecantikan itu hanya jadi perhatian pada waktu yang singkat. Aku kurang faham kenapa terjadi begitu. Aku tahu tak ada sesiapa yang faham kecuali aku sendiri yang mencari pembuka kunci untuk membuka pintu hati. Hati ini tak mudah dicuri sesiapa. Adakalanya aku sendiri menidakkan wanita mencintai aku.

Tapi...
Aku ingin seorang peneman
Yang memahami sudut hati
Wanita yang menceriakan hidup
Melagukan sunyi dari sepi

Aku sering meletakkan syarat dalam hati. Kalau aku luah untuk mencintai seorang wanita dan wanita itu tak memberi apa-apa kata, mudah saja aku hapuskan harapan untuknya. Tak perlu aku tunggu kerana aku tak suka memaksa wanita untuk menerima cinta dari hati ini.

Bersendiri adakalanya baik untuk perbaiki diri. Terlepas dari genggaman cinta untuk seketika waktu adalah saat terbaik untuk menilai silap dan salah dalam diri. Aku bukannya jenis yang memahami hati wanita. Mereka golongan lembut, adakalanya cepat tersentuh sekiranya kunci pembuka emosi disentuh oleh lelaki. Seperti juga aku yang kadang-kadang terlalu berhati-hati dalam berkata. Akhirnya aku termakan diri disebabkan aku tak mahu sakitkan hati wanita. Mereka begitu sensitif akan perasaan diri... 

Jika ada wanita yang berjaya membuka kunci pintu hati ini, maka aku pertimbangkan perasaan di samping menilai situasi apakah dia mempunyai niat yang sama untuk mencuri hati ini. Begitu juga mata ini, aku tak pernah memandang secara tepat ke arah anak mata wanita. Aku sentiasa mengelak supaya jangan ada wanita menangkap dan membaca pergerakkan mata kerana dari penglihatan, aku selitkan jawapan...

Aku sering sembunyikan hasrat supaya kembara cinta diteruskan sampai satu saat terjumpa yang aku rasa berkenan, aku cuba... Tapi tiada paksaan untuk terima cinta ini.

Ada lagi yang ingin aku beritahu di sini. Aku hanya mengerti kalau menyatakan "Saya Cintakan Awak" itu adalah persetujuan untuk menerima dasar percintaan berbanding menyatakan "Saya Suka Awak". Suka tak semestinya cinta. Itu yang memberikan kefahaman yang lebih keadaan yang berlaku sekarang kenapa aku masih belum ketemu cinta. 

Dalam temu ku bertemu
Hanya masa yang menentukan...


Wednesday, June 5, 2013

Bertenang itu penting...


"Lawan bagi api adalah air"

Sifat api dalam diri manusia adalah marah. Kita diberikan akal untuk bertindak, tetapi salah tindakan juga membawa padah seperti pertelingkahan dan permusuhan. Kesilapan kita bila tidak mengawal emosi boleh memburukkan keadaan. Carilah satu pendekatan yang boleh melepaskan rasa marah tanpa ditujukan kepada orang lain.

Namun, bila marah tidak dilepaskan, berkemungkinan tekanan dalam diri boleh berlaku disebabkan tenaga yang disimpan itu kalau dibiarkan begitu lama boleh menyebabkan seseorang itu angin.

Marah = Api

Pernahkah kita terjumpa dengan seseorang yang luaran bersikap tenang, sebaliknya bila tiba satu tahap kemarahan yang dipendam begitu lama boleh menyebabkan "letupan kecil" dalam dirinya. Perkara ini dikatakan sebagai amuk. Adakalanya perihal orang pendiam jauh lebih bahaya kerana setiap masalah dalam diri didiamkan. Sikap terpendam ini sebenarnya akan wujud permasalahan mentaliti dan perasaan. 

Itu baru berdasarkan individu kerana melibatkan psikologi serta perasaan.

Dalam komuniti pula, bila orang mengapi-apikan ketegangan, kemarahan itu bertambah besar. Yang jadi pemangkin seperti minyak. Bila minyak dicurahkan ke api bertambah marak. 

Oleh sebab itu, bila marah perlu ditenangkan. Ketenangan sifatnya sama seperti air. Bila air dijiruskan pada api, akan terpadam rasa panas yang membahang. Walaupun kita dapat sedikit redakan kemarahan dengan ketenangan, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan api yang marak. 

Saya menulis tidak berdasarkan kajian psikologi. Namun, ini sebahagian dari pengalaman yang pernah dikongsi dari sesetengah rakan akan masalah yang membendung mereka.  Bila kita rasa tertekan, perlunya kita lepaskan dengan cara yang lebih baik.

Justeru, mengawal emosi itu perlu kerana bila keadaan tidak terkawal, tidak akan rasa tenang. Sentiasa ada saja yang tidak kena walaupun perkara yang kita hadapi itu kecil saja perihalnya. Bertenanglah setiap masa dan kawal perasaan dengan melakukan sesuatu yang positif.


Saturday, May 11, 2013

Di antara perpaduan dan perpecahan


Rata-rata semua sudah tahu pilihanraya baru saja selesai. Syabas diucapkan Barisan Nasional kerana berjaya membentuk kerajaan persekutuan berdasarkan majoriti mudah 133 kerusi yang dimenangi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan. Walaupun gagal mendapatkan 2/3 parlimen, masih lagi mampu membentuk kerajaan terutamanya sokongan yang diberikan oleh Melayu dan Bumiputera. Pelbagai persoalan yang tertanam dalam fikiran dan perlu dirungkaikan dengan solusi yang rasional.

Pelbagai gelagat dan karenah terpaksa dilalui sebelum dan pasca PRU-13 di mana pelbagai isu yang di mainkan supaya sokongan terhadap parti dapat diperkuatkan. Hal ini jelas selepas pilihanraya PRU-12 (2008), Pakatan Rakyat jelas berjaya menguasai kawasan urban. Berlainan pula dengan Barisan Nasional yang juga mempunyai pengaruh yang cukup kuat di kawasan luar bandar yang rata-ratanya mempunyai penyokong tegar.  

Trend pengundian sebenarnya banyak mempengaruhi kemenangan dan kekalahan parti menjadikan faktor khusus dalam pilihanraya ditambah pula dengan kuasa memilih terletak pada rakyat. Kita berhak memilih parti berdasarkan apa yang kita persetujui dengan dasar dan pembawakan parti. Itu terpulang pada setiap individu yang memilih.

Pada dasar memilih dikalangan rakyat dibahagikan kepada beberapa bahagian:

1) Pemilihan kerana ras:
    Memilih pihak berdasarkan perjuangan bangsa

2) Pemilihan kerana agama:
    Memilih pihak berdasarkan perjuangan Islam

3) Pemilihan kerana liberal:
    Memilih pihak berdasarkan keterbukaan bukan bermatlamat bangsa dan agama

Sebenarnya yang ingin diperbincangkan adalah sokongan Bumiputera terutamanya Melayu. Seperti sedia maklum, parti terbesar Melayu adalah UMNO. Oleh kerana isu dalaman yang berbangkit dalam parti, wujudnya PAS dan PKR. 2 parti serpihan ini datang dari UMNO.

Dahulu orang Melayu kuat bersatu menjadikan Islam sebagai teras perpaduan di samping penerapan semangat Nasionalisme. Tidak seperti hari ini, sudah ada perpecahan perpaduan dalam Melayu mengikut kumpulan berdasarkan perjuangan berlainan. Untuk apakah golongan beragama yang dulu bersama UMNO keluar dari parti, mewujudkan PAS menentang bangsa seagama? Kenapa tidak bersama dalam parti memperjuangkan agama Islam bersama UMNO? Perselisihan politik adalah punca utama perpecahan ini berlaku. Begitu juga PKR yang merupakan serpihan dari UMNO. Kumpulan yang ditubuhkan selepas Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Pokoknya, Melayu terpecah kepada 3 kelompok:
1) Memperjuangkan agama dan bangsa
2) Memperjuangkan agama
3) Memperjuangkan kepentingan peribadi

Saya mahu Melayu bersatu dengan matlamat memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air. Kalau kita sering berpecah hanya kerana perselisihan politik, tidak mustahil Cina dan India mendahului kita. Apa yang saya tulis ini bukan ugutan untuk menakutkan, tetapi sebagai peringatan.

Kalau orang Melayu tidak mahu membantu bangsanya sendiri, siapa lagi yang mahu?

Ingatlah, perjuangan kita belum selesai...


Peringatan untuk bangsa Melayu Islam


Kredit gambar: Ini Kali Lah Gabung (Facebook)

Thursday, February 7, 2013

Renyuk Kecamukkan

Malam yang semakin kejauhan
Bingkas dalam ingatan
Mengkhayalkan...
Indahnya suasana
Yang mengingatkan ku
Kepada tercinta...
Yang ku wartakan dalam warkah...

Ligat teringat...
Asyiknya...
Damainya...
Perhubungan terindah
Yang telah ku lalui
Ketika dulu...

Ku nyahkan kebencian
Memberi cahaya kegembiraan
Sinar ku ungkap dalam senyuman
Bererti diri sudah ketenangan

Bukan hati tak sayang
Memikirkan kecelaruan kehidupan
Duri lidah membawa durjana
Aku terperangkap
Dalam noda pemikiran...

Padamkan kenangan...
Ku carik helaian asmara
Bercebis ku bakar kecintaan
Dalam kedukaan...
Dalam kegelapan...



Monday, January 21, 2013

Rona romantisme dari-Nya

Aku suka melakarkan romatisme dalam kehidupan. Mencipta rona bernuansakan romantika. Tapi ada sesetengahnya suka bersikap sinikal, menjadi egois terhadap aku yang sedang menciptakan ritma kebahagiaan. Aku rela memikirkan soal diri yang tak kesudahan... Memikirkan masa lalu pastinya mewujudkan resah... Jadi biarkan soal itu. Sudah ku tanamkan sebagai rahsia... Hanya ku buka bila ada bertanya. 

Dalam hidup membayangkan tiap-tiap waktu ku berdiri atas nyata, pastinya Tuhan utuskan manusia untuk aku kenal. Dia hantarkan untuk ku supaya kenal dan pelajarilah hati manusia bernama wanita. Saat bertemu waktu... Waktu bertemu hari... Hari bertemu bulan... Bulan bertemu tahun... Sepanjang kembara 365, saban tahun aku pelajari dari orang berbeza. Aku tak memilih, cuma ku tunggu keizinan dariNya. Semua manusia harus faham dasar Tuhan yang terutama, Jodoh. Dia mempertemukan dan memisahkan kita dengan seseorang adalah bersebab. 

Utusan Tuhan bernama wanita pastinya mendebarkan hati setiap lelaki. Pastinya penerimaan dan interprestasi juga berbeza. Bergantung pada setiap orang yang mengalami. Adakah cepat menangkap cinta atau sebaliknya. Naluri dibekalkanNya saja mampu menjawab persoalan ini. 

Emosi, mentaliti dan nafsu; Tiga perkara terpenting dalam soal mengawal diri bila hanyut dalam asmara. Situasi bila seseorang berada dalam keadaan ini, perlu penilaian yang baik. Kuasa pancaindera perlu kuat supaya tak tersilap menilai. Untuk apa kecewa seperti orang gila bila perhubungan tak kekal lama? Semua atas dasar Tuhan. Dia tentukan untuk kita. Jelasnya aku sedar hal itu.

Perlu ditekankan di sini, bila gagal tak usah timbul ungkitan lama. Itu memburukkan lagi keadaan. Oleh itu, harus positif, percaya akan ada yang lebih baik untuk kita. In Shaa Allah.








Friday, January 11, 2013

Transisi waktu sang gelandangan

Sahabat pada satu ketikanya berseorangan. Sambil berjalan dia tiba-tiba saja terjumpa Rindu.

"Aku nak bertanya. Kenapa kau bernama Rindu?"
"Sebab sifat aku wujudkan kegelisahan hati orang. Sebab itulah nama aku sebegitu rupa."
 "Oh, kalau macam tu mari jadi temanku. Aku kesunyian."
"Baiklah."

Setibanya di satu tempat, Sahabat dan Rindu berpisah. Dan kini Rindu pula keseorangan, namun terjumpa dengan Sayang.

"Kenapa nama kau Sayang?"
"Sebab aku wujudkan rasa kasih dan penghargaan terhadap hati orang."
"Benarkah apa yang kau katakan?"
"Ya, bila seseorang itu rindu dan dihargai, maka timbul perasaan sayang. Sifat ku sedemikian rupa."
"Jika begitu, aku perlukan orang seperti mu. Aku ingin sekali rasa dihargai dan disayangi."
"Marilah bersama ku..."

Berjalanlah mereka merata tempat, tiba di satu persinggahan Rindu pula meninggalkan Sayang. Kini dia terjumpa dengan Cinta.

"Kenapa nama kau Cinta?"
"Sebab aku wujudkan pengukuhan rasa disebalik hati orang yang disayangi."
"Benarkah apa yang kau perkatakan?"
"Ya, bila seseorang sudah sayang, maka wujudnya aku dalam hati orang. Inilah sifatku."
"Jika begitu, genggamlah tanganku, peluklah tubuhku. Ingin sekali rasa ini dikukuhkan olehmu"
"Kalau kau percayakanku, pastinya ku jaga dirimu sebaik-baiknya."

Sejak Sayang mengenali Cinta, hatinya berubah menjadi gembira. Pastinya ini menjadi yang terindah...

 


 
 


Monday, January 7, 2013

Cinema Paradiso (cover) - Love Theme


My first acoustic cover. Almost 1 year to study a song even it still uncompleted. This theme song was play for Cinema Paradiso (1988).